Jumaat, 1 Mei 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009



Bersempena hari guru yang bakal disambut pada 16 Mei setiap tahun, Sekolah Kebangsaan Taman Sutera akan mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Majlis ini akan diadakan pada 18 Mei 2009 (Isnin). Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan sempena menyambut hari tersebut, antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah seperti sukaneka, karoke antara guru, jamuan makan dan tayangan video. Tema sambutan hari guru untuk tahun ini adalah Guru Pembina Negara Bangsa. Pihak sekolah mengucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua guru di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Pn. Siti Azizah selaku ketua AJK majlis sambutan hari guru.

2 ulasan:

  1. Kepada Guru2 SKTS, jangan lupa beli hadiah untuk rakan-rakan guru kita. Terutamanya yang belum kahwin lagi macam saya hehehe..

    BalasPadam
  2. Kepada Semua Guru guru serta Guru Besar SKTS,
    Selamat Hari Guru dan diucapkan terima kaseh diatas dedikasi dan ketekunan yang diberi kepada semua murid2. Semuga SKTS berjaya didalam pembelajaran serta aktiviti2 hingga kepringkat nasional dalam masa terdekat ini.

    Quote:

    A child miseducated is a child lost', John F. Kennedy
    ...Education is very important. Learn, study, re-learn and get updated; it is never too late. At this level, everything that we see and experience is an education. This world itself is a school; many teachers and so much to learn. Whatever we go through in life is also a school because we can learn so many things, that is, through success and failure. Do not carry a dead brain. Have a lovely day searching for education!

    Happy Teachers' Day
    SHY

    BalasPadam