Isnin, 22 Mac 2010

POLISI KESELAMATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN

POLISI KESELAMATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN


Pendahuluan

Kebelakangan ini isu masalah kebakaran di sekolah menjadi isu hangat diperkatan di media masa.Di Sarawak, terdapat dua kes menonjol, iaitu di Sessang dan Sk Iban Union, Sibu yang melibatkan kebakaran asrama. Dalam kedua-dua kes, beberapa nyawa murid telah diragut api. Laporan umum menyebutkan tentang perlunya sekolah mempunyai dan menyediakan set- set peraturan serta kawalan untuk mencegah kebakaran berlaku. Untuk mengelakkan tuduhan liar daripada pihak awan tentang longgarnya peraturan-peraturan di sekolah maka adalah perlulah sekolah mendokumentasikan segala peraturan serta langkah dan tatacara tindakan yang sedia ada yang perlu diambil apabila berlaku kebakaran.


Definisi

Merupakan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menghadapi kejadian-kejadian sehingga melibatkan kerosakan harta benda atau / dan kehilangan nyawa apabila berlaku kebakaran.


Objektif

  1. Mengenalpasti punca-punca berlakunya kebakaran.
  2. Membenteras kejadian kebakaran di sekolah.
  3. Mewujudkan suasana selamat di sekolah.
  4. Melahirkan warga sekolah yang sentiasa peka terhadap bahayanya kebakaran.


Punca-Punca Kebakaran.

  1. Litar Pintas
  2. Sabotaj
  3. Wayar dan suis terdedah
  4. Penggunaan alat eletrik yang rosak
  5. Menyambung wayar eletrik secara haram oleh murid
  6. Pengunaan lilin dan pelita di sekolah.
  7. Membakar sampah didalam / dekat bangunan sekolah.


Peranan Murid.

  1. Mematuhi peraturan-peraturan sekolah.
  2. Melaporkan segala kerosakan pada suis, wayar dan alat eletrik di sekolah.
  3. Jangan menyambung wayar sesuka hati.
  4. Tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.
  5. Melaporan kegunaan pelita dan lilin.
  6. Memastikan sampah yang dibakar tidak di dalam atau dekat bangunan sekolah.
  7. Memaklumkan guru tentang sebarang aktiviti memasak tidak dilakukan di dalam bangunan kecuali dalam dapor yang dikhskan.


Peranan Guru / Pentadbir.

  1. Meronda kawasan sekolah setiap masa.
  2. Menyebarkan maklumat berkaitan kebakaran melalui poster, risalah dan ceramah.
  3. Membaiki dan mengganti sebarang komponen elektrik yang rosak dengan kadar segera.
  4. Mengingatkan murid tentang tatacara tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah.
  5. Mengadakan program kesedaran dan latihan kebakaran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat.
  6. Menyediakan kemudahan alat pemadam api di semua bangunan di sekolah dan memastikan keadaannya sentiasa baik.
  7. Mewujudkan keadaan selesa di asrama agar ianya tidak begitu sesak sehingga boleh melambatkan proses pengosongan apabila berlaku kebakaran.


Peranan Ibubapa.

  1. Memberi didikan kepada anak-anak tentang bahayanya arus eletrik.
  2. Sentiasa mengingatkan anak-anak supaya mematuhi semua peraturan sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan