Ahad, 16 Oktober 2011

Perkhemahan Badan Beruniform SKTS

Pada 7 hingga 9 Oktober 2011 telah diadakan Perkhemahan Badan Beruniform SKTS bertempat di Pusat KOKO Johor.











Kursus KSSR Dunia Seni Visual Tahun 2

Pada 10 hingga 14 Oktober 2011 telah diadakan Kursus  KSSR Dunia Seni Visual Tahun 2 yang telah diadakan bertempat di SK Taman Impian Emas,





Sabtu, 17 September 2011

Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan

Pada 7 September yang lalu telah diadakan pertandingan melukis Poster sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Pertandingan ini telah dilaksanakan dengan jayanya.Terima Kasih kepada semua guru yang terlibat.

Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan

Pada 7 September yang lalu telah diadakan pertandingan melukis Poster sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Pertandingan ini telah dilaksanakan dengan jayanya.Terima Kasih kepada semua guru yang terlibat.

Rabu, 27 Julai 2011

Larian 1m1s1m

Pada 2 Julai 2011 telah diadakan larian 1M1S1M peringkat sekolah. Larian ini dimeriahkan dengan kehadiran guru,murid dan juga ibu bapa. Terima kasih di atas penglibatan semua pihak.








Temasya Sukan Tahunan SKTS 2011

Pada 30 Jun 2011 yang lalu telah diadakan temasya sukan tahunan SK Taman Sutera tahun 2011. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Terima Kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat termasuk para guru, murid serta ibubapa.







Rabu, 22 Jun 2011

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN


Kejohanan sukan tahunan SK Taman Sutera Tahun 2011 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 30 Jun 2011
Masa: 7.30 pagi

kehadiran ibubapa amatlah dihargai untuk memberikan semangat kepada murid-murid yang bakal bertanding.

Pemberitahuan

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK PIBG kali ke 2 sesi 2011-2013 yang dijadualkan pada 25 jun 2011 adalah dibatalkan dan ditunda kepada tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak. Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Sekian, Terima Kasih.

Ditulis Oleh:
SU PIBG SK Taman Sutera

Rabu, 4 Mei 2011

Perutusan Hari Guru 2011


PERUTUSAN HARI GURU 2011
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
“GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Untuk membaca atau download teks ucapan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sila klik disini.

Mesyuarat PIBG Kali-1 Sesi 2011-2013

Salam 1Malaysia,

Untuk makluman AJK PIBG, mesyuarat akan diadakan seperti ketetepan berikut:

Tarikh: 7 Mei 2011
Masa: 10 pagi- 11.30 tgh
Tempat: Bilik Mesyuarat SKTS.

Semoga tuan/puan dapat menghadirkan diri pada mesyuarat tersebut.

Sekian terima kasih
Ditulis Oleh:
SU PIBG SKTS

Rabu, 9 Februari 2011

PELAKSANAAN UJIAN SARINGAN PERMATA pintar UKM1

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat PERMATA Pintar, UKM akan melaksanakan Ujian Saringan PERMATA pintar UKM1 mulai 01 Februari 2011 hingga 30 April 2011.

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar murid-murid mengambil ujian berkenaan bagi melayakkan mereka menduduki Ujian Saringan PERMATA pintar UKM2 yang akan dilaksanakan pada 01 Julai 2011 hingga 30 Ogos 2011.

4. Untuk makluman tuan, Ujian saringan PERMATA pintar UKM1 digunakan untuk kedua-dua program PERMATA pintar dan Permata Insan dengan kelayakan umur 9-15 tahun ( terbuka kepada murid Sekolah Rendah SK, SJKC dan SJKT dan Menengah (SMK ) bagi Program PERMATA pintar ( UKM ) dan murid 8 tahun ( beragama islam ) untuk PERMATA INSAN ( USIM ) bagi murid SK,SJKC dan SJKT.

5. Ujian Saringan PERMATA pintar UKM1 adalah secara percuma dan boleh dilakukan dengan mengakses laman web http://www.permatapintar.edu.my. Ujian ini boleh dilaksanakan oleh murid sama ada di sekolah, rumah atau di mana sahaja asalkan laman web berkenaan boleh dicapai.

Sekian,segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

*untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, pihak ibubapa boleh la berjumpa dengan En. Muhammad Safari


Ditulis oleh: Muhammad Safari B. Abdullah