Ahad, 30 Disember 2012

Selamat Kembali ke Sekolah

Pihak sekolah mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan guru Sk Taman Sutera bagi sesi persekolahan tahun 2013. Untuk makluman para ibu bapa dan murid, sesi persekolahan akan bermula pada 2 Januari 2013 (rabu). Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan murid pada hari tersebut. Sekian untuk makluman semua.

Ditulis  Oleh:
G.P.ICT
(Muhammad Safari b. Abdullah)

Ahad, 23 September 2012

Khamis, 23 Ogos 2012

Sistem Aduan Online SKTS

Salam 1Malaysia,

Sesuai dengan kemajuan dan seiring pembangunan dunia tanpa sempadan yang memudahkan setiap urusan dilakukan dihujung jari, saya selaku guru penyelaras ICT , guru keselamatan dan juga setiausaha kehormat PIBG dengan kerjasama guru- guru yang lain telah membuat pusat aduan online secara ringkas bagi memudahkan setiap daripada pelanggan kami dan juga pihak yang ingin berurusan dengan kami yang ingin memberikan aduan, komen mahupun maklumbalas mengenai perkara yang melibatkan sekolah boleh berbuat demikian dengan hanya mengisi borang secara online. Sila pastikan pihak tuan/puan memberikan maklumat yang dikehendaki secara tepat bagi membolehkan pihak kami memberi maklumbalas. Sekian, terima kasih.

Untuk aduan sila klik di sini


Ditulis oleh: En. Muhammad Safari b. Abdullah

Khamis, 19 Julai 2012

Aeon Sponsorship Program

Salam 1Malaysia

Pada 19 Julai 2012, SK Taman Sutera telah menerima sumbangan bola sepak daripada Syarikat AEON bukit Indah. Terima kasih diucapkan.





Ditulis Oleh:  Muhammad Safari B. Abdullah

Pertandingan Mud Ball

Salam 1Malaysia

Pada 19 Julai 2012 telah diadakan pertandingan Mud Ball anjuran Tanah Sutera Developer Sdn. bhd dengan kerjasama SK Taman Sutera. Program ini dimulakan dengan kempen kesedaran alam sekitar pada seawal 8.00 pagi, seterusnya pertandingan yang berlansung selama 40 minit diteruskan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.














Ditulis oleh: Muhammad Safari b. Abdullah

Selasa, 17 Julai 2012

Peperiksaan Percubaan UPSR 2012

Salam 1Malaysia.

Makluman kepada semua murid tahun 6 dan ibubapa. Peperiksaan percubaan UPSR tahun 2012 akan diadakan bermula pada 25 Julai 2012 hingga 27 Julai 2012. Sila pastikan kehadiran murid ke sekolah. Sekian, Terima Kasih.

Ditulis Oleh:
Guru Penyelaras Bestari

Facebook Rasmi sekolah

Makluman kepada semua murid, guru dan ibubapa. Pihak sekolah telah menubuhkan facebook rasmi sekolah. Semua info dan maklumat tentang sekolah akan di muat turun di facebook berikut. Terima kasih

Senamrobik 1M1S

Pada 12 Julai 2012 yang lalu telah diadakan program senamrobik 1M1S bertempat di Dataran sekolah. Program ini telah disertai oleh semua murid dan guru SK Taman Sutera serta ibubapa.







Sabtu, 30 Jun 2012

Kejohanan Olahraga SKTS 2012

Pada 28 Jun 2012 telah diadakan kejohanan olahraga bagi tahun 2012. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Taman Sutera iaitu En. Saffruddin Alam Shah B. Ismaon. Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat termasuklah AJK PIBG, ibubapa, guru-guru serta murid-murid. Tahniah diucapkan kepada peserta yang menang dan kepada yang kalah cuba lagi tahun depan.




Ahad, 15 April 2012

Dedikasi untuk guru-guruku


Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala
1988


Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu


Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989


Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985


Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988


Pelita Sebuah

Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.

Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.

Ami Masra
UPM Serdang
1988


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Selasa, 3 April 2012

Senarai Guru 2012

Salam 1Malaysia.

Untuk melihat senarai nama guru 2012 boleh klik disini

Takwim SK Taman Sutera 2012

Salam 1Malaysia

Untuk makluman ibu bapa. Takwin Persekolahan SK Taman Sutera boleh didapatkan disini.

Ahad, 1 April 2012

Borang Aduan Online

Salam 1Malaysia.

Untuk makluman ibu bapa & penjaga, sebarang aduan, komen dan maklumbalas boleh diisi secara online. Bagi mengisi borang tersebut sila klik di sini.

Cuti Peristiwa Dan Cuti Berganti Tahun 2012

Salam 1Malaysia

Maklum balas daripada mesyuarat PIBG yang lepas. Sekolah akan mengedarkan takwim persekolahan sekolah di bawah pengurusan KPM. Ibu bapa boleh klik disini untuk mendapatkan:

Cuti Peristiwa Dan Cuti Berganti Tahun 2012
PERINCIAN PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL

Sekian Terima Kasih

Ditulis Oleh:
GPB : Muhammad Safari  b. Abdullah

Khamis, 1 Mac 2012

Selamat Datang Guru Baru


SK Taman Sutera bertuah pada tahun ini kerana telah mendapat Ustaz baru bagi mengantikan Ustaz Mohd Taufik Bin Ali yang telah berpindah ke Matrikulasi Pontian semenjak tahun 2010 lagi. Ustaz Mahyuddin telah memulakan tugas pada 16 Februari 2012. Selamat Datang!!!

KSSR Receives Positive Feedback From Teachers, Parents

PUTRAJAYA, Sept 25 (Bernama) -- The newly- implemented Primary School Standard Curriculum (KSSR) has received positive feedback from teachers and parents, in that it has increased interest among students to learn English.

Education Deputy Director-General (Policy) Prof Dr Khair Mohamad Yusof said this was because the KSSR approach was no longer the 'chalk and talk' method, but focused on a more fun way of learning English.

"KSSR not only emphasises on language proficiency, but also communication among the students. It also uses other methods such as games and music," he said.

He was speaking to reporters after receiving a group of superbike riding teachers from Selangor, who were participating in the 1Malaysia Motor Convoy from Shah Alam to the education ministry here today.

Khair said the KSSR, which was only introduced to Year 1 primary students this year, would be implemented for Year 2 primary students and Form 1 students next year.

On Malaysian English Language Teaching Association president Associate Professor Dr S. Ganakumaran, who was reported to have said the syllabus used to teach English in schools was outdated, he said that syllabus which was talked about might have been the old syllabus.

"We have, however, introduced a new syllabus and as far as I know, I've been to schools and the teachers are happy with the new curriculum and new approach," he added.

-- BERNAMA

MESYUARAT AJK PIBG SK TAMAN SUTERA BIL 4 2011/2013

Ruj Kami      :  JBA 1109/08/02/011-4
Tarikh           :  1 Mac 2012

Kepada :

Yang DiPertua
Naib Yang DiPertua
Ahli Jawatankuasa


……………………………………….

Tuan/ Puan

 

MESYUARAT AJK PIBG SK TAMAN SUTERA  BIL 4  2011/2013

Merujuk perkara di atas , dimaklumkan bahawa mesyuarat akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :


                        TARIKH          :          3 Mac 2012 (SABTU)
                        MASA             :          11.00 am – 12.30 pm
                        TEMPAT        :          Persada Diskusi SKTS

Agenda Mesyuarat

v  Ucapan Pengerusi ( YDP )
v  Pengesahan Minit Mesyuarat
v  Perkara Berbangkit
v  Laporan kewangan
v  Laporan Disiplin/ Sekolah
v  Pembentangan Mesyuarat agung
v  Hal-hal lain


2.         Tuan/Puan dengan hormatnya dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan tugas                                              



……………………………………………...
(MUHAMMAD SAFARI BIN ABDULLAH)                                                  
Setiausaha PIBG                                                       
SK Taman Sutera, Johor Bahru.                                                       

sk
Guru Besar
Fail Sekolah
Fail PIBG

Majlis Sambutan Maulidur rasul

Selasa, 3 Januari 2012

Selamat kembali ke sekolah!!

Hari ini hari pertama persekolahan.
Sepertimana hari-hari pertama persekolahan, ada seribu satu macam gelagat anak-anak menghadapi alam baru persekolahan khususnya murid-murid tahun 1 tahun ini.
Bagi yang biasa dengan suasana di SKTS, mungkin tidak menjadi masalah. Berjumpa semula dengan rakan-rakan lama semasa di Pra sekolah dulu.
Bagi yang pertama kali menjejak kaki di sini faham-faham sahaja gelagat mereka :-)
Walaubagaimanapun, warga sekolah mengalu-alukan kedatangan anda ke sekolah ini.
Bagi murid-murid yang berada di tahun 2 hingga ke tahun 6, ini masanya anda bermula dengan semangat yang baru, selepas berehat beberapa minggu, pergi bercuti bersama keluarga, sekarang sesi persekolahan baru untuk anda. Tingkatkan usaha anda kali ini agar kejayaan diperolehi dengan cemerlang. Lebih cemerlang dari yang lalu.
Bagi guru-guru pula, ada guru yang bertukar masuk dan bertukar keluar dari sekolah ini. Selamat datang dan selamat maju jaya bertugas bersama dengan semangat yang baru, pasukan yang baru.
Selamat kembali ke alam persekolahan 2011!