Selasa, 28 April 2009

Stres guru membimbangkan -- Akibat banyak perubahan dan bebanan tugas yang ketera

Date: Friday, August 19 @ 09:17:38 MYT
Topic: Local Politics


KUALA LUMPUR 18 Ogos - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tahap stres di kalangan guru-guru di negara ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan ekoran bebanan tugas yang meningkat.

Presiden NUTP, Ismail Nihat berkata, guru-guru kini terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan.

``Apabila ada pegawai baru di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri atau di peringkat kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru.

``Bebanan ini terus berlaku dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid, projek banyak tetapi guru sedikit,'' katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng di sini, hari ini.

Sidang akhbar itu bertujuan menjelaskan beberapa isu melibatkan golongan guru yang akan dibentangkan pada Persidangan Perwakilan NUTP ke-17 yang bermula esok hingga 22 Ogos ini.

Menurut Ismail, walaupun kedengaran pelik tetapi semua pihak harus menerima hakikat bahawa masalah yang dihadapi oleh golongan guru menjurus kepada tekanan mental dan emosi berbanding fizikal.

``Ini menjejaskan keupayaan dan kepercayaan mereka terhadap diri sendiri untuk mencapai matlamat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti,'' katanya.

Selain itu, beliau menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan stres di kalangan guru iaitu:

* Harapan ibu bapa terlalu tinggi kepada guru kerana sering mahukan pencapaian terbaik pelajar.

* Masalah disiplin pelajar yang semakin sukar dikawal termasuk melibatkan keselamatan guru.

* Pelajar-pelajar semakin cerdik berbanding guru ekoran akses pendidikan yang semakin canggih dan meluas.

Sehubungan itu katanya, NUTP akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjalankan satu kajian khas mengenai tahap sebenar tekanan di kalangan guru.

``Kita sedang berunding dengan JPA tetapi kami sudah menyediakan set soalan khas untuk menjayakan kajian tersebut.

``Sebagai permulaan kita akan agih-agihkannya kepada 220 delegasi yang menghadiri persidangan itu nanti,'' ujarnya.

Tambah beliau, kajian itu penting untuk membantu kerajaan meneliti langkah-langkah penyelesaian yang sesuai.

Isnin, 27 April 2009

Kisah seorang guru dengan anak muridnya..

Sumber : Portal Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengalaman saya sebagai seorang guru yang pernah mengajar di sekoah rendah dan menengah, apabila pelajar tidak membawa buku teks, maknanya mereka tidak mahu belajar. Jika mereka tidak membawa buku latihan, maknanya mereka tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgu. Dan lagi teruknya, jika mereka tidak membawa apa pun buku teks, maknanya secara langsung mereka sudah hilang minat belajar. Hakikatnya, murid sebegini datang ke sekolah semata-mata untuk berjumpa dengan kawan atau gengnya dan keluar dari rumah.

Selalunya apabila mereka tidak membawa buku latihan, saya akan suruh mereka meminjam dari kawan disebelah kelas dan menyalin soalan itu ke atas kertas kosong lain, dan kemudian ditampal dalam bukunya apabila balik ke rumah. Saya faham, mereka tidak akan siapkan latihan itu dan ditampal dalam buku latihan. Tetapi saya terpaksa juga menyuruh mereka untuk membuat demikian supaya mereka tidak akan mengganggu rakan sekelas lain yang ada membawa buku dan ingin belajar. Saya tidak dapat buat apa-apa lebih dari itu.

Ada satu kes lagi dimana seorang budak telah dibuang sekolah atas masalah displin yang teruk. Tetapi ibubapanya tidak dapat menerima keputusan ini dan meminta bantuan pihak sekolah. Kami cikgu pun memberi cadangan dan meminta ibunya membawa budak itu ke PPD dan JPN untuk memohon supaya masuk balik ke sekolah semula. Permohonannya telah diluluskan atas dasar pendidikan wajib sehingga usia 17.

Tetapi adakah budak itu mengubah sikapnya? Jawapannya tidak dan kelakuannya menjadi sombong lagi kerana dia tahu bahawa dia akan dapat terus pergi ke sekolah sehingga umur 17. Saya rasa mana-mana guru pun di Malaysia ini memang tidak boleh buat apa-apa. Apa yang pihak sekolah boleh buat ialah memberi bimbangan dan kaunseling bagi dia dan ibubapanya sehingga mereka insaf akan kepentingan masa depan anak mereka.

Beginilah kisah seorang guru dengan muridnya. Adakah pelajar itu akhirnya mengubah sikap dan menyambungkan pelajarannya? Kamu akan dapat cari jawapanya jika anda seorang cikgu juga. Sekian terima kasih.

Khamis, 23 April 2009

Gambar Kem Motivasi Pemimpin Kecil SKTS


























Kursus Pemantapan Kendiri Dan Sahsiah Bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, Ketua Kelas Dan Penolong Ketua Kelas
SK Taman Sutera

Tarikh : 4 April 2009

Tempat : Dewan Bestari, SK Taman Sutera

Rabu, 22 April 2009

Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia Sempena Minggu Pendidikan Untuk Semua 20-26 April 2009


Pengucap Menteri Pelajaran
Menteri Pelajaran Malaysia
Tarikh 21 April 2009
Tempat KPM
Program Sempena Minggu "Pendidikan Untuk Semua"


PDF Perutusan Minggu Pendidikan Untuk Semua
Muat Turun : 119 kali (70.13 KB)

Maklumat Lanjut :
Kementerian Pelajaran Malaysia

Ahad, 19 April 2009

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN / PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN


“Penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan yang akan dilaksanakan”.

Penjelasan itu menjawab persoalan seperti :

 Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan?
 Apakah isu yang ingin dikenal pasti ?
 Apakah objektifnya? Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian?
 Berapa lamakah tempoh perlaksanaannya?
 Berapakah kos yang diperlukan?


Kertas cadangan / proposal kajian

Kertas cadangan / proposal kajian tindakan disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan dijalankan. Ia boleh disediakan di sepanjang tahun.

Fungsi Kertas Cadangan Kajian Tindakan

 Panduan yang menyatakan objektif.
 Langkah-langkah menjalankan kajian.
 Peralatan yang digunakan.
 Membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih terancang.

Kandungan Dalam Kertas Cadangan

Tidak mempunyai format khusus :

 Tajuk kajian
 Ahli kumpulan penyelidik
 Nama sekolah/Jabatan/Bahagian
 Latar belakang kajian/Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
 Isu keprihatinan/Fokus kajian
 Objektif kajian/Tujuan kajian
 Kumpulan sasaran
 Strategi tindakan yang dicadangkan
 Jadual pelaksanaan kajian
 Anggaran kos kajian

Membantu EPRD

 Membantu EPRD membuat keputusan yang sistematik dan bermaklumat apabila meluluskan sesebuah proposal.
 Menentukan jumlah peruntukan yang boleh ditawarkan. Syarat untuk mendapatkan pembiayaan kertas cadangan kajian bergantung kepada;
 Bilangan pelajar yg terlibat dalam kajian.
 Objektif kajian.
 Bilangan aktiviti yg akan dilaksanakan.
 Bahan yang akan digunakan.
 Kos yang terperinci dari segi:

i. Jumlah bahan
ii. Harga bagi satu unit bahan
iii. Jumlah kos secara keseluruhan.


TAJUK KAJIAN

 Menggambarkan fokus isu / masalah yang akan dikaji.
 Dinyatakan dalam bentuk orientasi tindakan.
 Ringkas, tepat dan padat.

Contoh:

 Menangani Masalah Salah Laku Pelajar Melalui Kaunseling Kelompok.
 Improving Students’ Motivation Through The Use Of Critical Thinking Skills.
 Meningkatkan Dan Memantapkan Kemahiran Mengira Tempoh Masa Dengan Menggunakan “Time Ruler”
 Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Mudah Dalam Penulisan Bahasa Inggeris Menggunakan “Little Book”

NAMA PENYELIDIK

 Catatkan nama penuh penyelidik / kumpulan.
 Nama Penyelidik : Pn. Zalinawati Bt Othman

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN / LATAR BELAKANG KAJIAN

 Dapat menerangkan konteks kajian secara umum (sekolah, pengalaman, situasi dan lain-lain).
 Perasaan secara umum berkaitan perkara / topik pengajaran / permasalahan yang ingin diperbaiki.
 Tindakan/sikap pelajar yang membawa kepada permasalahan itu.
 Reflek tentang diri sendiri.

Mereflek Amalan P&P Yang Lepas

Nyatakan secara umum dahulu:

Apa yang berlaku dalam kelas?
Apa yang anda rasakan sebagai seorang guru?
Apa yang perlu diperbaiki / diubah?

Contoh:
 Sewaktu mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris kelas 2 Cendekiawan saya dapati mereka kurang berminat . Apabila diajukan soalan mereka sering menjawab tidak faham malah menjawab sambil lewa. Saya dapati kebanyakan mereka tidak menyiapkan kerja yang diberikan walaupun diminta untuk menulis satu ayat mudah seperti ; This is a pencil …
 Apabila melihat situasi seperti ini saya merasa bersalah dan saya perlu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri. Sehubungan itu, saya telah membuat keputusan untuk memperbaik kelemahan diri serta mempertingkatkan pembelajaran murid-murid saya …..

2. ISU KEPRIHATINAN

FOKUS KAJIAN

Kenyataan atau keterangan yang menjelaskan keadaan sebenar isu / masalah
Fokus kepada satu isu / tajuk kecil
Apa? Kenapa?
Jika isu / masalah tidak diatasi apakah perkara-perkara yang dijangka akan berlaku

Contoh :

 Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya akan fokuskan kajian ini kepada masalah dalam membina ayat mudah. Pelajar saya tidak menunjukkan minat dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, tidak boleh mengeja dengan betul serta meniru rakan untuk mendapat jawapan. Apabila amalan meniru menjadi kemestian ini menyebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah. Kajian ini adalah penting bagi murid-murid 2 Cendekiawan dalam membina ayat dengan struktur yang betul kerana mereka memerlukan kemahiran berfikir, menulis serta berkeyakinan.

3. OBJEKTIF KAJIAN

 Objektif umum dan khusus.
 Sesuai dengan isu / masalah yang dikaji.
 Berkaitan dengan aktiviti / tindakan.
 Hendaklah boleh diukur.
 Semua objektif khas hendaklah diukur / dinilai semasa menjalankan tindakan / aktiviti.

OBJEKTIF UMUM

Contoh:

1. Tujuan Kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran menulis di dalam Bahasa Inggeris serta mepertingkatkan keyakinan diri supaya menguasai Bahasa Inggeris bagi murid-murid Tahap 1.

OBJEKTIF KHUSUS

Contoh:

1. Membantu murid membina ayat mudah dalam penulisan Bahasa Inggeris.
2. Membantu murid supaya menghasilkan buku mengikut kreativiti mereka sendiri.
3. Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
4. Mengubah sikap persepsi murid dengan mengatakan Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran yang mudah difahami.

4. KUMPULAN SASARAN

 Bilangan pelajar hendak dikaji.
 Pelajar yang diajar oleh penyelidik.
 Nyatakan kelas pelajar tersebut.

Contoh:

Kajian ini melibatkan36 orang murid-murid Tahun 2 Cendekiawan yang terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan.

5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN (METHOD)

Intervensi (jenis dan cara melaksanakannya)
Instrumen (seperti soal selidik, pemerhatian, temu bual, ujian, dokumen, dll)
Pengumpulan maklumat
Analisis data

Contoh:

Nyatakan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.
Contoh : Tindakan yang dicadangkan,
Aktiviti 1 Memotong kertas A4 jadikan sebuah buku kecil yang dinamakan Little Book.
Aktiviti 2 Membina 4 atau 6 ayat
Aktiviti 3 Melukis atau menampal gambar- gambar berdasarkan ayat serta mewarna mengikut kreativiti.
Aktiviti 4 Tulis muka surat disetiap helaian.
Aktiviti 5 Membaca Little Book bersama kawan-kawan.

6. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN (Gantt Chart)

 Boleh dibuat dalam bentuk jadual.
 Masukkan aktiviti yang terkandung dalam pelan tindakan.
 Masukkan tempoh pelaksanaan kajian yang akan dijalankan.
Contoh : Jadual Pelaksanaan Kajian

7. JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON

Jelaskan dengan terperinci segala bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti :

 Apa bahan-bahannya.
 Bilangan.
 Harga setiap bahan.
 Harga keseluruhan.
 Guru boleh mengabaikan item ini sekiranya guru tidak memerlukan peruntukan kewangan untuk menjalankan kajian tindakan.
 Guru tidak boleh memasukkan perbelanjaan perjalanan, jamuan, cenderahati dan perkara-perkara lain yang tiada kaitan.
 Sila simpan semua resit perbelanjaan bahan/alatan yang digunakan untuk tujuan tuntutan.

Kandungan Dalam Kertas Cadangan:

 Tajuk kajian
 Ahli kumpulan penyelidik
 Nama sekolah/Jabatan/Bahagian
 Latar belakang kajian/Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
 Isu keprihatinan/Fokus kajian
 Objektif kajian/Tujuan kajian
 Kumpulan sasaran
 Strategi tindakan yang dicadangkan
 Jadual pelaksanaan kajian
 Anggaran kos kajian

Jumaat, 17 April 2009

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) - Kajian Tindakan

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) - Kajian Tindakan gabungan 3 buah sekolah akan di SK Taman Sutera pada 18 April 2009 bermula pada 7.30 am - 1.30 pm. Tiga buah sekolah yang terlibat adalah SK Sungai Danga, SK Taman Sutera dan SK Taman Skudai Baru 2. Selamat Berkursus!

Makluman Peperiksaan Dalaman

Peperiksaan dalaman peringkat sekolah akan diadakan seperti berikut:
J/Peperiksaan : UPPM 2
Tarikh : 4 - 7 Mei 2009
Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi S/U Peperiksaan (Cik Zuraini).

Perpisahan Guru Praktikum

Pihak sekolah merakamkan setinggi penghargaan kepada dua orang guru praktikum daripada Institut Perguruan Temenggong Ibrahim yang telah berjaya menamatkan latihan praktikum di sekolah ini dengan jayanya pada 17 April 2009. Guru-guru tersebut merupakan guru yang berdidikasi serta bertanggungjawab. Setinggi penghargaan sekali lagi kepada Cik Rafidah Adeyana Bte Mohd Raffi dan Cik Siti Noor Azliza Bte Abd Aziz. Pihak sekolah mendoakan kejayaan untuk mereka, semoga menjadi guru yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Kami mengakhiri perpisahan ini dengan serangkap pantun:



Siang tiada seri tanpa mentari,
Malam tiada seri tanpa rembulan,
Hidup akan sunyi tanpa teman,
Hati tiada erti tanpa iman,
Moga ukhwah kekal hingga ke akhir hayat..

Khamis, 16 April 2009

50 Info Menarik Mengenai Dunia?



  1. Sebelum Masehi, Bahasa Inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini).
  2. Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.
  3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman.
  4. Nama mobil Nissan berasal dari bahasa Jepun iaitu Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23
  5. Zirafah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.
  6. Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.
  7. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.
  8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada berat tubuhnya sendiri.
  9. Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana.
  10. Titik diatas huruf i disebut ‘title’.
  11. Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi hampas segarnya akan bergerak naik turun dalam gelas.
  12. Benjamin Franklin anak bongsu dari orangtua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.
  13. Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaph obia adalah ketakutan pada hari jumat tanggal 13 (bisa terjadi antara 1-3 kali setahun). di Italia, 17 adalah angka malang. di Jepun angka yang dianggap malang adalah 4.
  14. Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.
  15. Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari.
  16. Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari.
  17. Kata ZIP (kode pos) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.
  18. Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.
  19. Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).
  20. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita akan merasa haus.
  21. 4 simbol Raja pada daun terup melambangkan 4 raja yang terkenal di zaman masing-masing: “Ace”= David/Raja Daud ; “Kelawar” = Alexander the Great/Iskandar Agung ; Hati = Charlemagne/ Raja Prancis ; Diamond =Julius Caesar.
  22. Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75,000 liter.
  23. Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.
  24. Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata Merah dan albino.
  25. Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.
  26. Lambang/ ikon ’save’ pada program Microsoft Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik.
  27. Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).
  28. Unta mempunyai 3 kelopak mata.
  29. Jangkahayat sehelai rambut di kepala kita adalah 2 hingga 6 tahun sebelum digantikan dengan rambut baru.
  30. Seseorang masih dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal kepalanya.
  31. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat mata kita berkedip. Kita mampu berkedip 5kali dalam sesaat.
  32. Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.
  33. Tanpa kehadiran air liur di dalam mulut, kita tidak dapat merasa makanan.
  34. Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.
  35. 13% orang di dunia adalah kidal.
  36. Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.
  37. Berat kepala bayi yang baru lahir hanyalah 1/4 dari berat tubuhnya.
  38. Kita sebenarnya melihat dengan otak. Peranan mata hanyalah seperti kamera yang menghantar maklumat/data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata.
  39. Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.
  40. Tahun 1830-an, sos tomato biasa dijual sebagai ubat.
  41. Tiga monyet bijak mempunyai nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).
  42. India mempunyai undang-undang hak untuk lembu.
  43. Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.
  44. Nama negara Filipina adalah berasal dari nama Raja Phillip.
  45. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud.
  46. Kanak-kanak mempunyai 20 gigi susu. Orang dewasa pula mempunyai 32 gigi kekal.
  47. Disebabkan rangkanya diperbuat daripada logam, maka piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke-2 diperbuat daripada kayu.
  48. Setiap kitaran 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Kitaran ini dinamakan sebagai “Solarmax”.
  49. Terdapat 318,979,564, 000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.
  50. Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi.


Dance Robik

Latihan Dance Robik di lakukan sempena persembahan untuk Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah tahun 2009. Pasukan tarian ini di bawah kendalian Cik Norsyakinah sepenuhnya. Tahniah dan syabas kepada guru yang terlibat kerana berjaya mewujudkan sebuah tarian serta persembahan yang begitu hebat.


video

Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat PPDJB

SKTS akan menyertai pertandingan melukis poster dan mendeklamasi sajak dengan menghantar setiap seorang wakil murid tahap dua untuk kedua-dua acara tersebut.


Pertandingan Melukis Poster


Tarikh : 22 April 2009
Masa : 10.00 am
Tempat : SJKC Kuo Kuang 2
Murid Terlibat : Nur Idris Woon (5 Dinamik)
Guru Pengiring : Mr Teng Chai Heng



Pertandingan Deklamasi Sajak


Tarikh : 22 April 2009
Masa : 8.00 am
Tempat : Perpustakaan Kanak-Kanak Taman Universiti
Murid Terlibat : Muhd Hidayat B Abdul Hakim (5 Dinamik)

Guru Pengiring : Pn Siti Azizah




Pertandingan Tarian Zapin Peringkat Johor Bahru

Tarikh : 19 April 2009
Tempat : Plaza Angsana, JB
Masa : 8.00 Am

Sekolah Kebangsaan Taman Sutera akan menghantar satu pasukan tarian zapin di bawah bimbingan Cik Norsyakinah. Sebarang pertanyaan sila hubungi guru berkenaan. Semoga berjaya!.

Teknik Menjawab Soalan UPSR

Tarikh : 18 April 2009
Masa : 8.00 am
Tempat : Plaza Angsana, JB

Seramai 40 orang murid Tahun 6 akan mengikuti program teknik menjawab soalan UPSR bersama dengan 2 orang guru pengiring iaitu En. Saiful Shah Rizal dan Cik Zuraini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi guru berkenaan.

DIGI RAP- Audition

10 of the level 2 students will play the story entitled "Clever Aisah" a popular story from Morocco. Instructed and trained by Pn. Esther and The English Language panel of Sk Sutera.

Time : 12.00 pm
Date : 16 April 2009
Vanue : School Hall ( Dewan Bestari )


Khamis, 2 April 2009

Majlis Anugerah Cemerlang Dan Mesyuarat Agong PIBG

Pada 28 Februari telah berlangsungnya majlis anugerah cemerlang bagi meraikan murid-murid yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. Selepas program anugerah cemerlang tamat, mesyuarat agong pibg telah diadakan.

























Rabu, 1 April 2009

Majlis Motivasi Murid Tahun 6


Pada 28 Februari 2009 (sabtu) telah berlangsungnya Majlis Motivasi bagi murid-murid tahun 6 bagi persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang tidak lama lagi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah motivasi dan juga majlis restu ilmu diantara para ibubapa dengan anak-anak mereka.