Ahad, 19 April 2009

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN / PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN


“Penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan yang akan dilaksanakan”.

Penjelasan itu menjawab persoalan seperti :

 Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan?
 Apakah isu yang ingin dikenal pasti ?
 Apakah objektifnya? Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian?
 Berapa lamakah tempoh perlaksanaannya?
 Berapakah kos yang diperlukan?


Kertas cadangan / proposal kajian

Kertas cadangan / proposal kajian tindakan disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan dijalankan. Ia boleh disediakan di sepanjang tahun.

Fungsi Kertas Cadangan Kajian Tindakan

 Panduan yang menyatakan objektif.
 Langkah-langkah menjalankan kajian.
 Peralatan yang digunakan.
 Membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih terancang.

Kandungan Dalam Kertas Cadangan

Tidak mempunyai format khusus :

 Tajuk kajian
 Ahli kumpulan penyelidik
 Nama sekolah/Jabatan/Bahagian
 Latar belakang kajian/Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
 Isu keprihatinan/Fokus kajian
 Objektif kajian/Tujuan kajian
 Kumpulan sasaran
 Strategi tindakan yang dicadangkan
 Jadual pelaksanaan kajian
 Anggaran kos kajian

Membantu EPRD

 Membantu EPRD membuat keputusan yang sistematik dan bermaklumat apabila meluluskan sesebuah proposal.
 Menentukan jumlah peruntukan yang boleh ditawarkan. Syarat untuk mendapatkan pembiayaan kertas cadangan kajian bergantung kepada;
 Bilangan pelajar yg terlibat dalam kajian.
 Objektif kajian.
 Bilangan aktiviti yg akan dilaksanakan.
 Bahan yang akan digunakan.
 Kos yang terperinci dari segi:

i. Jumlah bahan
ii. Harga bagi satu unit bahan
iii. Jumlah kos secara keseluruhan.


TAJUK KAJIAN

 Menggambarkan fokus isu / masalah yang akan dikaji.
 Dinyatakan dalam bentuk orientasi tindakan.
 Ringkas, tepat dan padat.

Contoh:

 Menangani Masalah Salah Laku Pelajar Melalui Kaunseling Kelompok.
 Improving Students’ Motivation Through The Use Of Critical Thinking Skills.
 Meningkatkan Dan Memantapkan Kemahiran Mengira Tempoh Masa Dengan Menggunakan “Time Ruler”
 Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Mudah Dalam Penulisan Bahasa Inggeris Menggunakan “Little Book”

NAMA PENYELIDIK

 Catatkan nama penuh penyelidik / kumpulan.
 Nama Penyelidik : Pn. Zalinawati Bt Othman

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN / LATAR BELAKANG KAJIAN

 Dapat menerangkan konteks kajian secara umum (sekolah, pengalaman, situasi dan lain-lain).
 Perasaan secara umum berkaitan perkara / topik pengajaran / permasalahan yang ingin diperbaiki.
 Tindakan/sikap pelajar yang membawa kepada permasalahan itu.
 Reflek tentang diri sendiri.

Mereflek Amalan P&P Yang Lepas

Nyatakan secara umum dahulu:

Apa yang berlaku dalam kelas?
Apa yang anda rasakan sebagai seorang guru?
Apa yang perlu diperbaiki / diubah?

Contoh:
 Sewaktu mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris kelas 2 Cendekiawan saya dapati mereka kurang berminat . Apabila diajukan soalan mereka sering menjawab tidak faham malah menjawab sambil lewa. Saya dapati kebanyakan mereka tidak menyiapkan kerja yang diberikan walaupun diminta untuk menulis satu ayat mudah seperti ; This is a pencil …
 Apabila melihat situasi seperti ini saya merasa bersalah dan saya perlu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri. Sehubungan itu, saya telah membuat keputusan untuk memperbaik kelemahan diri serta mempertingkatkan pembelajaran murid-murid saya …..

2. ISU KEPRIHATINAN

FOKUS KAJIAN

Kenyataan atau keterangan yang menjelaskan keadaan sebenar isu / masalah
Fokus kepada satu isu / tajuk kecil
Apa? Kenapa?
Jika isu / masalah tidak diatasi apakah perkara-perkara yang dijangka akan berlaku

Contoh :

 Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya akan fokuskan kajian ini kepada masalah dalam membina ayat mudah. Pelajar saya tidak menunjukkan minat dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, tidak boleh mengeja dengan betul serta meniru rakan untuk mendapat jawapan. Apabila amalan meniru menjadi kemestian ini menyebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah. Kajian ini adalah penting bagi murid-murid 2 Cendekiawan dalam membina ayat dengan struktur yang betul kerana mereka memerlukan kemahiran berfikir, menulis serta berkeyakinan.

3. OBJEKTIF KAJIAN

 Objektif umum dan khusus.
 Sesuai dengan isu / masalah yang dikaji.
 Berkaitan dengan aktiviti / tindakan.
 Hendaklah boleh diukur.
 Semua objektif khas hendaklah diukur / dinilai semasa menjalankan tindakan / aktiviti.

OBJEKTIF UMUM

Contoh:

1. Tujuan Kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran menulis di dalam Bahasa Inggeris serta mepertingkatkan keyakinan diri supaya menguasai Bahasa Inggeris bagi murid-murid Tahap 1.

OBJEKTIF KHUSUS

Contoh:

1. Membantu murid membina ayat mudah dalam penulisan Bahasa Inggeris.
2. Membantu murid supaya menghasilkan buku mengikut kreativiti mereka sendiri.
3. Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
4. Mengubah sikap persepsi murid dengan mengatakan Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran yang mudah difahami.

4. KUMPULAN SASARAN

 Bilangan pelajar hendak dikaji.
 Pelajar yang diajar oleh penyelidik.
 Nyatakan kelas pelajar tersebut.

Contoh:

Kajian ini melibatkan36 orang murid-murid Tahun 2 Cendekiawan yang terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan.

5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN (METHOD)

Intervensi (jenis dan cara melaksanakannya)
Instrumen (seperti soal selidik, pemerhatian, temu bual, ujian, dokumen, dll)
Pengumpulan maklumat
Analisis data

Contoh:

Nyatakan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.
Contoh : Tindakan yang dicadangkan,
Aktiviti 1 Memotong kertas A4 jadikan sebuah buku kecil yang dinamakan Little Book.
Aktiviti 2 Membina 4 atau 6 ayat
Aktiviti 3 Melukis atau menampal gambar- gambar berdasarkan ayat serta mewarna mengikut kreativiti.
Aktiviti 4 Tulis muka surat disetiap helaian.
Aktiviti 5 Membaca Little Book bersama kawan-kawan.

6. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN (Gantt Chart)

 Boleh dibuat dalam bentuk jadual.
 Masukkan aktiviti yang terkandung dalam pelan tindakan.
 Masukkan tempoh pelaksanaan kajian yang akan dijalankan.
Contoh : Jadual Pelaksanaan Kajian

7. JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON

Jelaskan dengan terperinci segala bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti :

 Apa bahan-bahannya.
 Bilangan.
 Harga setiap bahan.
 Harga keseluruhan.
 Guru boleh mengabaikan item ini sekiranya guru tidak memerlukan peruntukan kewangan untuk menjalankan kajian tindakan.
 Guru tidak boleh memasukkan perbelanjaan perjalanan, jamuan, cenderahati dan perkara-perkara lain yang tiada kaitan.
 Sila simpan semua resit perbelanjaan bahan/alatan yang digunakan untuk tujuan tuntutan.

Kandungan Dalam Kertas Cadangan:

 Tajuk kajian
 Ahli kumpulan penyelidik
 Nama sekolah/Jabatan/Bahagian
 Latar belakang kajian/Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
 Isu keprihatinan/Fokus kajian
 Objektif kajian/Tujuan kajian
 Kumpulan sasaran
 Strategi tindakan yang dicadangkan
 Jadual pelaksanaan kajian
 Anggaran kos kajian

1 ulasan:

  1. Untuk makluman, maklumat ini diambil daripada portal kajian tindakan JPNJ. Sila rujuk http://www.arjpnj.com untuk maklumat lanjut.

    BalasPadam