Rabu, 9 Februari 2011

PELAKSANAAN UJIAN SARINGAN PERMATA pintar UKM1

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat PERMATA Pintar, UKM akan melaksanakan Ujian Saringan PERMATA pintar UKM1 mulai 01 Februari 2011 hingga 30 April 2011.

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar murid-murid mengambil ujian berkenaan bagi melayakkan mereka menduduki Ujian Saringan PERMATA pintar UKM2 yang akan dilaksanakan pada 01 Julai 2011 hingga 30 Ogos 2011.

4. Untuk makluman tuan, Ujian saringan PERMATA pintar UKM1 digunakan untuk kedua-dua program PERMATA pintar dan Permata Insan dengan kelayakan umur 9-15 tahun ( terbuka kepada murid Sekolah Rendah SK, SJKC dan SJKT dan Menengah (SMK ) bagi Program PERMATA pintar ( UKM ) dan murid 8 tahun ( beragama islam ) untuk PERMATA INSAN ( USIM ) bagi murid SK,SJKC dan SJKT.

5. Ujian Saringan PERMATA pintar UKM1 adalah secara percuma dan boleh dilakukan dengan mengakses laman web http://www.permatapintar.edu.my. Ujian ini boleh dilaksanakan oleh murid sama ada di sekolah, rumah atau di mana sahaja asalkan laman web berkenaan boleh dicapai.

Sekian,segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

*untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, pihak ibubapa boleh la berjumpa dengan En. Muhammad Safari


Ditulis oleh: Muhammad Safari B. Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan