Ahad, 4 April 2010

Sambutan Maulidur Rasul SKTS 2010





Pada 3 Mac 2010 (Sabtu), SK Taman Sutera telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini adalah Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah. Majlis ini telah berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran para ibubapa, guru-guru serta murid-murid yang terlibat secara langsung. Antara aktiviti yang dilaksanakan sempena sambutan ini adalah perarakan murid-murid dan guru, ceramah tentang Rasulullah S.A.W dan pertandingan mewarna. Pihak sekolah merakamkan perhargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Ditulis Oleh : En Muhammad Safari Abdullah
(G.P.Bestari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan