Ahad, 16 Ogos 2009

Pertandingan Melukis Poster dan Mewarna Peringkat Zon Skudai

Pada 12 Ogos 2009 telah berlangsung satu pertandingan melukis poster dan mewarna peringkat Zon Skudai. Sk Sg Danga telah menjadi tuan rumah merangkap sebagai penganjur . Pertandingan ini bertemakan 1Malaysia dan bulan kemerdekaan. Seramai empat orang murid daripada Sk Taman Sutera telah menyertai pertandingan tersebut. Murid-murid tersebut adalah Nur Idris, Izmir, Amirul Asyraf dan Nur Diana. Sk Taman Sutera telah menunjukkan persembahan terbaik dengan memenangi tempat kedua dalam pertandingan melukis poster bagi murid tahap dua. Tahniah kepada Nur Idris.
















1 ulasan: