Rabu, 31 Julai 2013

PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

Salam 1 Malaysia

Makluman kepada semua guru-guru, Pengambilan Jurulatih Sukan Gred 29 Hingga 44 (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia telah dibuka. Guru-guru boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan klik disini

Terima Kasih

Ditulis oleh : Guru Bestari

APLIKASI PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) 2013



Salam 1Malaysia. 

Perhatian kepada guru SK Taman Sutera yang ingin memohon pertambahan Opysen boleh la memohon di :http://apps.moe.gov.my/abpg/pito/


Ditulis oleh : Guru Bestari


Isnin, 15 Julai 2013

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Salam 1Malaysia..

Pihak sekolah mengucapkan selamat menyambut ramadhan kepada semua guru, murid dan ibubapa yang beragama Islam.

Isnin, 20 Mei 2013

Sambutan Hari Guru 2013

Salam 1Malaysia


Berikut adalah merupakan sambutan hari guru 2013 yang telah dijalankan di sekolah ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat.











Khamis, 9 Mei 2013

Pertandingan mewarna dan melukis poster

Salam 1 Malaysia.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Panitia Matematik dan Panitia Sains SK Taman Sutera akan mengadakan pertandingan melukis dan mewarna poster  bersempena minggu matematik dan sains 2013 mengikut ketetapan berikut:
  1. Tempat : Dewan Terbuka SK Taman Sutera
  2. Masa : 10.00 - 12.00 tengah hari
  3. Penyertaan : Murid tahap 1 (Mewarna Poster), Murid Tahap 2 (Melukis Poster)
  4. Bayaran : RM 0.20/ setiap murid.
Peringatan: murid dikehendaki membawa peralatan mewarna sendiri beserta dengan alas.

Sekian, Terima Kasih.

Kem Bestari Solat

Salam 1 Malaysia,


Adalah dimaklumkan bahawa kem bestari solat akan diadakan pada 11 Mei 2013 bermula jam 7.30 pagi hingga 10.00 pagi. Semua murid terlibat dengan aktiviti ini.

sekian, terima kasih.

Selasa, 23 April 2013

Perkampungan Ilmu Vol 1 SK Taman Sutera

Salam 1 Malaysia,

Pada 5 dan 6 April 2013 telah diadakan perkampungan ilmu bagi murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Objektif perkampungan ilmu adalah untuk menyemarakan lagi motivasi murid dan membakar semangat mereka untuk berjaya.









Ditulis Oleh : Guru Penyelaras Bestari