Khamis, 24 Julai 2014

Majlis Khatam Al-Quran 2014 dan Ihya Ramadhan

Pada 24 Julai 2014, Panitia Pendidikan Islam dan JQAF telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Ihya Ramadhan bertempat di Dewan Terbuka SK Taman Sutera. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Guru Besar dan wakil daripada PIBG.















Rabu, 23 Julai 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pihak sekolah mengucapkan selamat hari raya kepada semua guru, ibubapa dan murid-murid SK Taman Sutera.



URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) UNTUK MENGISI JAWATAN PENGETUA DAN GURU BESAR BAGI JANUARI - DISEMBER TAHUN 2015 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan penyiaran urusan pemangkuan Pengetua dan Guru Besar bagi pengisian bulan Januari sehingga Disember 2015 akan dibuka pada 23 Julai 2014 (Rabu) sehingga 06 September 2014 (Sabtu). Sila muat naik surat penyiaran bagi urusan berkenaan.
Sekian,terima kasih

APLIKASI SOKONGAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH 2014

Sukacita dimaklumkan, proses sokongan bagi permohonan mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) kini dibuka bermula 17 Julai 2014 sehingga 7 Ogos 2014. Sila layari http://apps.moe.gov.my/abpg/programbpg untuk proses sokongan secara dalam talian. 

Isnin, 14 Julai 2014

Pertandingan Melukis & Mewarna Poster 2014

Pada 21 Jun 2014, telah diadakan pertandingan melukis dan mewarna poster sempena hari terbuka sekolah 2014. Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu murid pra sekolah, tahap 1 dan tahap 2.






Ahad, 6 Julai 2014

Soalan percubaan UPSR 2012 & 2013

Salam 1Malaysia

Perhatian kepada semua murid tahun 6 dan tahun 5 SK Taman Sutera 2014. Anda boleh mendapatkan soalan percubaan tahun 2012 dan 2013 bagi negeri-negeri di Malaysia. Soalan ini boleh didapatkan dengan klik di sini