Sekolah mengucapkan selamat hari kebangsaan kali ke 57. Disini lahirnya cinta, tanah tumpah darah ku. Semoga kemerdekaan kali ini membawa seribu erti kepada kita semua. Salam kemerdekaan kepada semua guru, kakitangan, murid dan ibubapa.
Jumaat, 29 Ogos 2014
Selasa, 26 Ogos 2014
Majlis Perasmian Minggu Matematik & Sains
Pada 26 Ogos 2014 majlis perasmian minggu matematik dan sains telah dijalankan. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat.
Selasa, 19 Ogos 2014
Mini karnival
Mini Karnival Matematik & Sains, SK Taman Sutera, (23 Ogos 2014, 7.30am - 10.30am)
Aktiviti yang diadakan
1.Pameran Bebas Denggi drpd Klinik Kesihatan
2. Giant Snake Ladder Games
3. Math & Science Explorace
4. Mewarna & Melukis Poster
5. Mencipta logo dan slogan
6. Mini Fun Fair
7. Perjumpaan ibubapa thn 6 dgn guru2 math & sains.(lepas makan)
8. Jualan Buku dr Smartworld Bookstore.
Ahad, 17 Ogos 2014
Minggu Matematik Dan Sains 2014
Makluman kepada semua ibubapa, murid dan guru-guru. Minggu Matematik dan Sains akan diadakan bermula 17 Ogos hingga 23 Ogos 2014. Mini karnival akan dilangsungkan pada 23 Ogos 2014. Dijemput semua bersama-sama memeriahkan minggu tersebut. Pelbagai acara menarik dilaksanakan sempena minggu Matematik dan Sains
Rabu, 13 Ogos 2014
Pertandingan Jahitan Rekabentuk & Teknologi Zon Skudai 2014
Pada 12 Ogos 2014, pihak sekolah telah menghantar 3 orang murid iaitu Nursyaqirah, Nurzafirah dan Fadliyana serta seorang guru pengiring iaitu Pn. Syahidah menyertai pertandingan tersebut. Untuk makluman semua, sekolah kita telah menjadi naib johan bagi pertandingan jahitan Zon Skudai. Tahniah kepada guru dan murid-murid.
Selasa, 12 Ogos 2014
PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2014
Pengetua dan Guru Besar Daerah Johor Bahru
(up: Guru Penyelaras Bestari/Guru
Penyelaras ICT)
PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN
SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2013
Surat BTPN(JOH)8837/1/9(3) bertarikh 9
Julai 2014 bertajuk “PENARAFAN SSQS (SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS 2014
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN MALAYSIA
(KPM) adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu, Instrumen SSQS 3.0 ini
perlu diisi oleh Pentadbir Sekolah, sama ada Pengetua / Guru Besar atau
Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Perpustakaan & Media atau Guru Penyelaras
Sumber Sekolah, Guru dan murid Tahap 2 (Sekolah Rendah) dan murid Sekolah
Menengah menggunakan pautan berikut :
Khamis, 7 Ogos 2014
Selasa, 5 Ogos 2014
Perhatian Kepada Semua Ibubapa
Salam 1Malaysia
Diminta kerjasama semua ibu bapa yang nama terdapat didalam senarai hendaklah mengaktifkan YES ID dengan kadar segera di sini.
Senarai nama ibubapa yang masih belum mengaktifkan ID boleh disemak dengan memuat turun file tersebut di sini.
Diharap semua ibubapa mengambil tindakan yang sewajarnya, sekian terima kasih.
Diminta kerjasama semua ibu bapa yang nama terdapat didalam senarai hendaklah mengaktifkan YES ID dengan kadar segera di sini.
Senarai nama ibubapa yang masih belum mengaktifkan ID boleh disemak dengan memuat turun file tersebut di sini.
Diharap semua ibubapa mengambil tindakan yang sewajarnya, sekian terima kasih.
Ahad, 3 Ogos 2014
Langgan:
Catatan (Atom)