Rabu, 31 Mac 2010

Seminar Menjawab Soalan UPSR 2010



Pada 13, 14 dan 15 Mac 2010 telah diadakan satu seminar menjawab kertas soalan peperiksaan UPSR untuk murid-murid tahun 6 SK Taman Sutera. Tujuan seminar ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan pengalaman sebenar kepada murid untuk menjawab soalan peperiksaan menggunakan teknik sebenar yang memenuhi keperluan peperiksaan. Program ini dikelolakan oleh Cik Helen.

Mesyuarat Agong PIBG & Hari Anugerah Cemerlang 2009


Justify Full

Mesyuarat Agong PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang 2009 SK Taman Sutera telah diadakan pada 6 Mac 2010 (Sabtu). Mesyuarat PIBG ini dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan Malaysia, Encik Syahrin b. Md. Jamaludin. Program dimulakan dengan mesyuarat agong PIBG dan seterusnya majlis anugerah cemerlang tahun 2009. Majlis ini telah berlangsung dengan meriahnya. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

Selasa, 30 Mac 2010

Temasya Sukan Tahunan SKTS 2010


Pada 2 Februari 2010 telah diadakan temasya sukan tahunan SK Taman Sutera. temasya ini telah berlangsung dengan meriah. Penyertaan daripada ibubapa juga amat menggalakan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan aktiviti sukan ini.

Isnin, 22 Mac 2010

Mesyuarat AJK PIBG SK Taman Sutera kali ke-9 (2009/2011)

Date : 23rd March, 2010
Day : Tuesday
Time : 8.00pm
Vanue : Persada Diskusi, SK Taman Sutera

POLISI KESELAMATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN

POLISI KESELAMATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN


Pendahuluan

Kebelakangan ini isu masalah kebakaran di sekolah menjadi isu hangat diperkatan di media masa.Di Sarawak, terdapat dua kes menonjol, iaitu di Sessang dan Sk Iban Union, Sibu yang melibatkan kebakaran asrama. Dalam kedua-dua kes, beberapa nyawa murid telah diragut api. Laporan umum menyebutkan tentang perlunya sekolah mempunyai dan menyediakan set- set peraturan serta kawalan untuk mencegah kebakaran berlaku. Untuk mengelakkan tuduhan liar daripada pihak awan tentang longgarnya peraturan-peraturan di sekolah maka adalah perlulah sekolah mendokumentasikan segala peraturan serta langkah dan tatacara tindakan yang sedia ada yang perlu diambil apabila berlaku kebakaran.


Definisi

Merupakan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menghadapi kejadian-kejadian sehingga melibatkan kerosakan harta benda atau / dan kehilangan nyawa apabila berlaku kebakaran.


Objektif

  1. Mengenalpasti punca-punca berlakunya kebakaran.
  2. Membenteras kejadian kebakaran di sekolah.
  3. Mewujudkan suasana selamat di sekolah.
  4. Melahirkan warga sekolah yang sentiasa peka terhadap bahayanya kebakaran.


Punca-Punca Kebakaran.

  1. Litar Pintas
  2. Sabotaj
  3. Wayar dan suis terdedah
  4. Penggunaan alat eletrik yang rosak
  5. Menyambung wayar eletrik secara haram oleh murid
  6. Pengunaan lilin dan pelita di sekolah.
  7. Membakar sampah didalam / dekat bangunan sekolah.


Peranan Murid.

  1. Mematuhi peraturan-peraturan sekolah.
  2. Melaporkan segala kerosakan pada suis, wayar dan alat eletrik di sekolah.
  3. Jangan menyambung wayar sesuka hati.
  4. Tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.
  5. Melaporan kegunaan pelita dan lilin.
  6. Memastikan sampah yang dibakar tidak di dalam atau dekat bangunan sekolah.
  7. Memaklumkan guru tentang sebarang aktiviti memasak tidak dilakukan di dalam bangunan kecuali dalam dapor yang dikhskan.


Peranan Guru / Pentadbir.

  1. Meronda kawasan sekolah setiap masa.
  2. Menyebarkan maklumat berkaitan kebakaran melalui poster, risalah dan ceramah.
  3. Membaiki dan mengganti sebarang komponen elektrik yang rosak dengan kadar segera.
  4. Mengingatkan murid tentang tatacara tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah.
  5. Mengadakan program kesedaran dan latihan kebakaran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat.
  6. Menyediakan kemudahan alat pemadam api di semua bangunan di sekolah dan memastikan keadaannya sentiasa baik.
  7. Mewujudkan keadaan selesa di asrama agar ianya tidak begitu sesak sehingga boleh melambatkan proses pengosongan apabila berlaku kebakaran.


Peranan Ibubapa.

  1. Memberi didikan kepada anak-anak tentang bahayanya arus eletrik.
  2. Sentiasa mengingatkan anak-anak supaya mematuhi semua peraturan sekolah.

Selasa, 2 Mac 2010

Mesyuarat Agong PIBG & Hari Anugerah Cemerlang 2009

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SK TAMAN SUTERA, JOHOR BAHRU

Dengan segala hormatnya mempersilakan

YB / Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik

_______________________________________

ke Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-enam (2010)

& Hari Anugerah Cemerlang (2009)

SK Taman Sutera, Johor Bahru

pada


Hari : Sabtu

Tarikh : 6 Mac 2010

Masa : 8. 00 pagi

Tempat : Dewan Bestari, SK Taman Sutera


ATURCARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-ENAM (2010)

& HARI ANUGERAH CEMERLANG (2009)

SK TAMAN SUTERA, JOHOR BAHRU


8.30 PAGI : Ketibaan dan pendaftaran ibu bapa

9.00 PAGI : Mesyuarat Agung PIBG kali keenam (2010) dimulakan

: Ucapan penangguhan

: Penyampaian Anugerah Prasekolah

10.30 PAGI : Rehat

: Persembahan murid-murid Prasekolah

: Cabutan bertuah

11.00 PAGI : Ketibaan dif-dif kehormat

: Persembahan Kalam Jama’ie

: Bacaan doa

: Ucapan Puan Tuan Rafingah binti. Tuan Soh

Guru Besar SK Taman Sutera

: Ucapan Encik Suhaimi bin. Salleh

Yang Dipertua PIBG SK Taman Sutera

: Ucapan perasmian oleh Encik Syahrin bin. Md. Jamaludin

Setiausaha Politik YAB Menteri Pelajaran Malaysia

: Persembahan tarian

: Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2009

: Penyampaian Hadiah dan Anugerah Cemerlang 2009

: Penyampaian Anugerah Tokoh-Tokoh Murid 2009

: Cabutan bertuah

1.00 T/HARI : Majlis bersurai