Selasa, 19 Januari 2010

Gotong Royong Guru-Guru SKTS



Gotong- royong untuk menyediakan tapak lompat jauh sempena sukan tahunan SK Taman Sutera yang akan di adakan pada 2 Februari 2010. Gotong-royong ini telah diketuai oleh En Asyraf selaku S/U sukan. Syabas kepada guru-guru yang terlibat. Jasa anda tidak kami lupakan.

Isnin, 18 Januari 2010

Mesyuarat AJK PIBG

Untuk makluman kepada semua AJK PIBG, satu mesyuarat akan diadakan pada 22 Januari 2010 (jumaat) pada pukul 8.00 pm di Persada Diskusi SKTS. Semua AJK dijemput hadir.

Sekian Terima Kasih.

Lawatan Ke Singapura



Pada 2 Januari 2010 guru-guru Sk Taman Sutera telah menyertai satu lawatan sosial ke Singapura. Aktiviti ini telah di rancangkan oleh Pn Rosilawati (GPK Koko) yang bertindak selaku pengarah program. Tujuan lawatan ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim diantara warga SKTS. Antara tempat menarik yang telah dilawati sepanjang berada di Singapura adalah seperti Merlion, Pulau Sentosa dan juga Masjid Sultan.