SATU BULAN TERAKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN
SAYA TIDAK AKAN PELAJARI TAJUK-TAJUK BARU LAGI
KERANA SEPATUTNYA SAYA TELAH PELAJARI
SEMUA TAJUK BERKENAN
Di bulan-bulan terakhir pelajar sepatutnya hanya menekankan
perkara-perkara berikut:
Ulang kaji bersendiri, tumpuannya ialah:
# Buat latihan
soalan peperiksaan mengikut tahun peperiksaan dan topik
Latihan soalan tahun-tahun sebelumnya
Latihan soalan ramalan
Latihan soalan dalam buku ulang kaji
Latihan soalan peperiksaan sekolah lain
# Semakan daya
ingatan fakta-fakta tertentu
# Baca, fahami dan
ingati nota-nota ulang kaji
# Latihtubi matematik,
prinsip akaun dan sebagainya
Perbincangan berkumpulan, tumpuan utamanya ialah:
# Buat diskusi
tajuk-tajuk terpilih
# Mengajar
kawan-kawan apa yang dipelajari
# Buat kuiz
akademik
# Bincang strategi
menjawab soalan
MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN
SAYA TIDAK LAGI BELAJAR HINGGA LEWAT MALAM
ATAU BANGUN PAGI TERLALU AWAL
SAYA PERLUKAN MASA REEHAT YANG CUKUP
BAGI MEMASTIKAN MENTAL DAN FIZIKAL SAYA
SEGAR SEPENUHNYA PADA KEESOKAN HARI
Apa yang perlu saya lakukan ialah:
Menyemak kembali nota-nota yang berkaitan dengan kertas
peperiksaan yang akan di hadapi pada keesokan harinya.
Menyemak atau menguji daya ingatan sendiri dengan
tajuk-tajuk tertentu
Memastikan alat tulis, dokumen peperiksaan, kad pengenalan
dan pakaian telah siap sedia.
Jangan berbual kosong atau menonton tv. Jika perlu dengarlah
alunan muzik instrumental yang lembut.
Tidur awal sedikit. Pastikan mendapat rehat yang secukupnya
untuk menghadapi peperiksaan.
PADA PAGI HARI PEPERIKSAAN
SAYA BERSEDIA SEPENUHNYA
UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Saya perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:
Bangun awal sedikit untuk memastikan persediaan diri telah
sempurna.
Pastikan sarapan yang mencukupi. Pilih makanan yang rendah
kandungan lemak dan karbohidrat serta kurang pedas. Makan tidak terlalu banyak.
Sekirany perlu, selesaikan urusan ke tandas samada di rumah
atau di sekolah sebelum ke dewan peperiksaan.
Pastikan keluar rumah atau asrama awal sedikit.
Pastikan dokumen peperiksaan termasuk kad pengenalan dan
alat tulis serta peralatan-peralatan lain perlu dibawa bersama.
Yakin pada diri sendiri, lafazkan lafaz-lafaz positif
seperti saya boleh dan sebagainya atau saranan diri positif.
Sementara menunggu untuk masuk ke dewan peperiksaan, rujuk
nota sepintas lalu untuk sekadar menenangkan fikiran. Jangan adakan
perbincangan dengan sesiapa pun.
BEBERAPA MINIT AWAL SEBELUM MEMASUKI DEWAN PEPERIKSAAN
SAYA BUAT AKTIVITI PRA-JAWAB SOALAN
UNTUK BINA KEYAKINAN DIRI DAN TENANGKAN FIKIRAN
Amalkan perkara-perkara berikut:
Masuk ke dewan peperiksaan dengan tenang dan senyum. Mulakan
dengan langkah kanan dan baca doa serta Bismillah
Setelah duduk di kerusi, lakukan perkara-perkara berikut
dalam tempoh masa satu atau dua minit sahaja:
# Doa yang ringkas
# Tarik nafas
panjang beberapa kali untuk menenangkan fikiran
# Berkata kepada
diri sendiri dengan penuh emosi beberapa lafaz positif
KEMUDIAN BARULAH SAYA TUNGGU ARAHAN DARI
PENGAWAS PEPERIKSAAN UNTUK MEMULAKAN PEPERIKSAAN.
SAYA BACA, RANCANG DAN JAWAB KERTAS SOALAN
DENGAN TENANG DAN YAKIN SEKALI.
SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG
Terima kasih kepada biro pendidikan dan ICT, Lembaga tadbir
masjid Nurul Hidayah, Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka.
Link : http://retibahasa.blogspot.com/2012/09/tips-menjelang-peperiksaan.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan