Memaparkan catatan dengan label Info Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Sekolah. Papar semua catatan

Ahad, 6 September 2015

Solat Hajat Sempena UPSR

Program PIBK diantara sekolah , pibg dan juga komuniti Masjid Taman Sutera telah menganjurkan solat hajat sempena UPSR yang bakal menjelang nanti. Program ini dilaksanakan pada 3 September 2015 bertempat di Masjid Taman Sutera.













Rabu, 24 September 2014

SPS LITE UNTUK GURU KELAS

Makluman kepada semua guru kelas SK Taman Sutera 2014. Guru kelas diminta untuk memuat turun perisian SPS Lite dari play store untuk pengguna Android, manakala menggunakan apps store bagi pengguna iOS. Tatacara menggunakan perisian SPS Lite untuk kehadiran murid boleh didapatkan dengan klik disini.

Sekian, untuk tindakan & makluman guru kelas

Ahad, 3 Ogos 2014

Khamis, 24 Julai 2014

Majlis Khatam Al-Quran 2014 dan Ihya Ramadhan

Pada 24 Julai 2014, Panitia Pendidikan Islam dan JQAF telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Ihya Ramadhan bertempat di Dewan Terbuka SK Taman Sutera. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Guru Besar dan wakil daripada PIBG.















Ahad, 6 Julai 2014

Soalan percubaan UPSR 2012 & 2013

Salam 1Malaysia

Perhatian kepada semua murid tahun 6 dan tahun 5 SK Taman Sutera 2014. Anda boleh mendapatkan soalan percubaan tahun 2012 dan 2013 bagi negeri-negeri di Malaysia. Soalan ini boleh didapatkan dengan klik di sini


Sabtu, 10 Mei 2014

Penerangan Sistem Penilaian Murid Semasa 2014

Perhatian untuk makluman ibu bapa serta penjaga murid SK Taman Sutera

PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kurikulum) 


  1. PAJSK akan dimulakan pada tahun ini melibatkan murid tahun 4 ( 2014 ) hingga 2016.
  2. Mulai 2016 UPSR akan digantikan dengan satu penilaian baru yang mana pemarkahan akan dinilai melalui kokurikulum dan juga akademik.
  3. Nilai pemarkahan adalah seperti berikut : 40% Kokurikulum + 60% Akademik.
  4. Murid digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sekolah dan ekstra aktiviti (persatuan luar dan bermasyarakat).
  5. Borang PAJSK boleh diperolehi dari guru kelas Tahun 4.
  6. Markah bagi PAJSK akan dimasukkan kedalam sistem online KPM secara berterusan.

PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
  1. Mulai 2014, semua murid tahun 1 hingga 4 akan menduduki ujian dan peperiksaan seperti murid tahun 5 dan 6.
  2. Semua pemarkahan akan direkodkan seperti biasa.
  3. Walaubagaimanapun sistem band akan terus dilaksanakan.
  4. Dengan penambahbaikan sistem PBS yang diumumkan kerajaan, sistem ini akan menilai murid secara menyeluruh.
  5. Mulai tahun 2015 kelas akan disusun mengikut pencapaian murid dalam peperiksaan akhir tahun 2014.
  • untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara ini. Pihak tuan/puan disarankan berhubung dengan  pihak sekolah.
Sekian, untuk makluman dan tindakan.

Terima Kasih.

Isnin, 14 April 2014

Kem Motivasi 2014

Pada 3,4 & 5 April telah diadakan satu kem motivasi bagi murid tahun 6 dan pengawas sekolah SK Taman Sutera. Semoga kem ini dapat memberi seribu kenangan kepada semua pihak. Tahniah kepada semua guru SK Taman Sutera