Rabu, 24 September 2014

SPS LITE UNTUK GURU KELAS

Makluman kepada semua guru kelas SK Taman Sutera 2014. Guru kelas diminta untuk memuat turun perisian SPS Lite dari play store untuk pengguna Android, manakala menggunakan apps store bagi pengguna iOS. Tatacara menggunakan perisian SPS Lite untuk kehadiran murid boleh didapatkan dengan klik disini.

Sekian, untuk tindakan & makluman guru kelas

Isnin, 22 September 2014

Jadual Peperiksaan Semula UPSR

Jadual ulangan Peperiksaan UPSR bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris boleh didapati melalui link di bawah:

http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=443:penjelasan-kementerian-pendidikan-malaysia-berkaitan-penangguhan-ujian-mata-pelajaran-science-bahasa-inggeris-ujian-pencapaian-sekolah-rendah-upsr-tahun-2014&catid=147:info-upsr&Itemid=189&lang=en

Jadual Latihan Rumah Sukan 2014

Salam 1Malaysia

Latihan rumah sukan bagi temasya sukan sekolah akan bermula seperti ketetapan berikut:


  1. Isnin (22.9.2014) Rumah Merah dan Biru.
  2. Selasa (23.9.2014) Rumah Hijau dan Kuning.
  3. Rabu (24.9.2014) Rumah Merah dan Biru.
  4. Khamis (25.9.2014) Rumah Hijau dan Kuning.
  5. Rabu (1.10.2014) Rumah Merah dan Biru.
  6. Khamis (2.10.2014) Rumah Hijau dan Kuning
  7. Selasa (28.10.2014) Sukantara (pagi).
  8. Rabu (29.10.2014) Sukantara (pagi).
  9. Rabu & Khamis (5 & 6.11.2014) Raptai Sukan.
  10. Sabtu (8.11.2014) Temasya Sukan Tahunan Kali ke-11
Sekian untuk makluman dan tindakan.

Selasa, 2 September 2014

Tips Persediaan Sebelum Menghadapi Peperiksaan

SATU BULAN TERAKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN

SAYA TIDAK AKAN PELAJARI TAJUK-TAJUK BARU LAGI
KERANA SEPATUTNYA SAYA TELAH PELAJARI
SEMUA TAJUK BERKENAN

Di bulan-bulan terakhir pelajar sepatutnya hanya menekankan perkara-perkara berikut:

Ulang kaji bersendiri, tumpuannya ialah:
#    Buat latihan soalan peperiksaan mengikut tahun peperiksaan dan topik
Latihan soalan tahun-tahun sebelumnya
Latihan soalan ramalan
Latihan soalan dalam buku ulang kaji
Latihan soalan peperiksaan sekolah lain
#    Semakan daya ingatan fakta-fakta tertentu
#    Baca, fahami dan ingati nota-nota ulang kaji
#    Latihtubi matematik, prinsip akaun dan sebagainya

Perbincangan berkumpulan, tumpuan utamanya ialah:
#    Buat diskusi tajuk-tajuk terpilih
#    Mengajar kawan-kawan apa yang dipelajari
#    Buat kuiz akademik
#    Bincang strategi menjawab soalan


MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

SAYA TIDAK LAGI BELAJAR HINGGA LEWAT MALAM
ATAU BANGUN PAGI TERLALU AWAL

SAYA PERLUKAN MASA REEHAT YANG CUKUP
BAGI MEMASTIKAN MENTAL DAN FIZIKAL SAYA
SEGAR SEPENUHNYA PADA KEESOKAN HARI

Apa yang perlu saya lakukan ialah:

Menyemak kembali nota-nota yang berkaitan dengan kertas peperiksaan yang akan di hadapi pada keesokan harinya.
Menyemak atau menguji daya ingatan sendiri dengan tajuk-tajuk tertentu
Memastikan alat tulis, dokumen peperiksaan, kad pengenalan dan pakaian telah siap sedia.
Jangan berbual kosong atau menonton tv. Jika perlu dengarlah alunan muzik instrumental yang lembut.
Tidur awal sedikit. Pastikan mendapat rehat yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan.


PADA PAGI HARI PEPERIKSAAN

SAYA BERSEDIA SEPENUHNYA
UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Saya perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

Bangun awal sedikit untuk memastikan persediaan diri telah sempurna.
Pastikan sarapan yang mencukupi. Pilih makanan yang rendah kandungan lemak dan karbohidrat serta kurang pedas. Makan tidak terlalu banyak.
Sekirany perlu, selesaikan urusan ke tandas samada di rumah atau di sekolah sebelum ke dewan peperiksaan.
Pastikan keluar rumah atau asrama awal sedikit.
Pastikan dokumen peperiksaan termasuk kad pengenalan dan alat tulis serta peralatan-peralatan lain perlu dibawa bersama.
Yakin pada diri sendiri, lafazkan lafaz-lafaz positif seperti saya boleh dan sebagainya atau saranan diri positif.
Sementara menunggu untuk masuk ke dewan peperiksaan, rujuk nota sepintas lalu untuk sekadar menenangkan fikiran. Jangan adakan perbincangan dengan sesiapa pun.


BEBERAPA MINIT AWAL SEBELUM MEMASUKI DEWAN PEPERIKSAAN

SAYA BUAT AKTIVITI PRA-JAWAB SOALAN
UNTUK BINA KEYAKINAN DIRI DAN TENANGKAN FIKIRAN

Amalkan perkara-perkara berikut:
Masuk ke dewan peperiksaan dengan tenang dan senyum. Mulakan dengan langkah kanan dan baca doa serta Bismillah
Setelah duduk di kerusi, lakukan perkara-perkara berikut dalam tempoh masa satu atau dua minit sahaja:
#   Doa yang ringkas
#   Tarik nafas panjang beberapa kali untuk menenangkan fikiran
#   Berkata kepada diri sendiri dengan penuh emosi beberapa lafaz positif

KEMUDIAN BARULAH SAYA TUNGGU ARAHAN DARI
PENGAWAS PEPERIKSAAN UNTUK MEMULAKAN PEPERIKSAAN.
SAYA BACA, RANCANG DAN JAWAB KERTAS SOALAN
DENGAN TENANG DAN YAKIN SEKALI.
SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG


Terima kasih kepada biro pendidikan dan ICT, Lembaga tadbir masjid Nurul Hidayah, Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka.

Link : http://retibahasa.blogspot.com/2012/09/tips-menjelang-peperiksaan.html

Jadual Peperiksaan UPSR 2014


Makluman kepada semua ibubapa serta murid SK Taman Sutera, sila klik di sini untuk mendapatkan jadual Peperiksaan UPSR 2014. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua calon UPSR SK Taman Sutera. Semoga kalian semua dapat mengharumkan nama sekolah, ibubapa dan guru-guru.

Jadual UPSR 2014