Sabtu, 10 Mei 2014

Penerangan Sistem Penilaian Murid Semasa 2014

Perhatian untuk makluman ibu bapa serta penjaga murid SK Taman Sutera

PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kurikulum) 


  1. PAJSK akan dimulakan pada tahun ini melibatkan murid tahun 4 ( 2014 ) hingga 2016.
  2. Mulai 2016 UPSR akan digantikan dengan satu penilaian baru yang mana pemarkahan akan dinilai melalui kokurikulum dan juga akademik.
  3. Nilai pemarkahan adalah seperti berikut : 40% Kokurikulum + 60% Akademik.
  4. Murid digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sekolah dan ekstra aktiviti (persatuan luar dan bermasyarakat).
  5. Borang PAJSK boleh diperolehi dari guru kelas Tahun 4.
  6. Markah bagi PAJSK akan dimasukkan kedalam sistem online KPM secara berterusan.

PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
  1. Mulai 2014, semua murid tahun 1 hingga 4 akan menduduki ujian dan peperiksaan seperti murid tahun 5 dan 6.
  2. Semua pemarkahan akan direkodkan seperti biasa.
  3. Walaubagaimanapun sistem band akan terus dilaksanakan.
  4. Dengan penambahbaikan sistem PBS yang diumumkan kerajaan, sistem ini akan menilai murid secara menyeluruh.
  5. Mulai tahun 2015 kelas akan disusun mengikut pencapaian murid dalam peperiksaan akhir tahun 2014.
  • untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara ini. Pihak tuan/puan disarankan berhubung dengan  pihak sekolah.
Sekian, untuk makluman dan tindakan.

Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan