Ahad, 25 Mei 2014

Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster sempena hari terbuka 2014

PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS
POSTER 1MALAYSIA SEMPENA HARI TERBUKA SKTS
ANJURAN PANITIA PSV DAN BADAN KEBAJIKAN GURU
Tarikh : 21 Jun 2014 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi (Pendaftaran)

Tempat : Dewan Terbuka, SK Taman Sutera

Ibubapa dan murid boleh mendapatkan borang disini

Rabu, 14 Mei 2014

Hari Guru 2014

Selamat menyambut hari guru 2014 di ucapkan kepada semua guru-guru di Malaysia amnya dan di SK Taman Sutera secara khasnya. Jasa kalian dalam membangunkan modal insan generasi hadapan dengan penuh dedikasi dan segala jerih perih amatlah dihargai. Tekadkan azam, noktahkan perjalanan demi mencapai bulan dan bintang yang bukanlah boleh dicapai menggunakan tangan semata. Ingatlah guru hanya manusia biasa, segala kelemahan dan kekurangan harap diampun. 


Sabtu, 10 Mei 2014

Penerangan Sistem Penilaian Murid Semasa 2014

Perhatian untuk makluman ibu bapa serta penjaga murid SK Taman Sutera

PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kurikulum) 


  1. PAJSK akan dimulakan pada tahun ini melibatkan murid tahun 4 ( 2014 ) hingga 2016.
  2. Mulai 2016 UPSR akan digantikan dengan satu penilaian baru yang mana pemarkahan akan dinilai melalui kokurikulum dan juga akademik.
  3. Nilai pemarkahan adalah seperti berikut : 40% Kokurikulum + 60% Akademik.
  4. Murid digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sekolah dan ekstra aktiviti (persatuan luar dan bermasyarakat).
  5. Borang PAJSK boleh diperolehi dari guru kelas Tahun 4.
  6. Markah bagi PAJSK akan dimasukkan kedalam sistem online KPM secara berterusan.

PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
  1. Mulai 2014, semua murid tahun 1 hingga 4 akan menduduki ujian dan peperiksaan seperti murid tahun 5 dan 6.
  2. Semua pemarkahan akan direkodkan seperti biasa.
  3. Walaubagaimanapun sistem band akan terus dilaksanakan.
  4. Dengan penambahbaikan sistem PBS yang diumumkan kerajaan, sistem ini akan menilai murid secara menyeluruh.
  5. Mulai tahun 2015 kelas akan disusun mengikut pencapaian murid dalam peperiksaan akhir tahun 2014.
  • untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara ini. Pihak tuan/puan disarankan berhubung dengan  pihak sekolah.
Sekian, untuk makluman dan tindakan.

Terima Kasih.