Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Pada 30 Mac 2010 (selasa), pihak sekolah telah mengadakan taklimat khas kepada ibubapa murid yang terlibat dengan program LINUS. Tujuan taklimat ini dianjurkan adalah untuk memberikan pemahaman yang jelas tentang program ini bagi memastikan agar ibubapa memberikan kerjasama dalam membantu anak-anak untuk berjaya. Program ini dikendalikan oleh Cik Syahidah Ghani.
Ditulis Oleh : En. Muhammad Safari Abdullah (G.P. Bestari)
Ditulis Oleh : En. Muhammad Safari Abdullah (G.P. Bestari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan