Isnin, 27 April 2009

Kisah seorang guru dengan anak muridnya..

Sumber : Portal Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengalaman saya sebagai seorang guru yang pernah mengajar di sekoah rendah dan menengah, apabila pelajar tidak membawa buku teks, maknanya mereka tidak mahu belajar. Jika mereka tidak membawa buku latihan, maknanya mereka tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgu. Dan lagi teruknya, jika mereka tidak membawa apa pun buku teks, maknanya secara langsung mereka sudah hilang minat belajar. Hakikatnya, murid sebegini datang ke sekolah semata-mata untuk berjumpa dengan kawan atau gengnya dan keluar dari rumah.

Selalunya apabila mereka tidak membawa buku latihan, saya akan suruh mereka meminjam dari kawan disebelah kelas dan menyalin soalan itu ke atas kertas kosong lain, dan kemudian ditampal dalam bukunya apabila balik ke rumah. Saya faham, mereka tidak akan siapkan latihan itu dan ditampal dalam buku latihan. Tetapi saya terpaksa juga menyuruh mereka untuk membuat demikian supaya mereka tidak akan mengganggu rakan sekelas lain yang ada membawa buku dan ingin belajar. Saya tidak dapat buat apa-apa lebih dari itu.

Ada satu kes lagi dimana seorang budak telah dibuang sekolah atas masalah displin yang teruk. Tetapi ibubapanya tidak dapat menerima keputusan ini dan meminta bantuan pihak sekolah. Kami cikgu pun memberi cadangan dan meminta ibunya membawa budak itu ke PPD dan JPN untuk memohon supaya masuk balik ke sekolah semula. Permohonannya telah diluluskan atas dasar pendidikan wajib sehingga usia 17.

Tetapi adakah budak itu mengubah sikapnya? Jawapannya tidak dan kelakuannya menjadi sombong lagi kerana dia tahu bahawa dia akan dapat terus pergi ke sekolah sehingga umur 17. Saya rasa mana-mana guru pun di Malaysia ini memang tidak boleh buat apa-apa. Apa yang pihak sekolah boleh buat ialah memberi bimbangan dan kaunseling bagi dia dan ibubapanya sehingga mereka insaf akan kepentingan masa depan anak mereka.

Beginilah kisah seorang guru dengan muridnya. Adakah pelajar itu akhirnya mengubah sikap dan menyambungkan pelajarannya? Kamu akan dapat cari jawapanya jika anda seorang cikgu juga. Sekian terima kasih.

2 ulasan:

  1. Sebagai seorang guru kita tidak boleh terus membuat andaian sedemikian. Cuba selidik mengapa murid berkenaan bertindak (tidak membawa buku),mesti ada sebabnya.Guru berperanan mengubah sikap pelajar..cuba tanya diri kita sendiri mengapa murid tak minat belajar? Adakah cara penyampaian kita membosankan?

    Ubahla teknik mengajar..kan sekarang dah ada banyak peralatan ICT..tentu murid seronok..
    pengalaman saya mengajar menggunakan ABBM masa berlalu pantas..murid mudah faham dan cikgu puashati.

    Buang sekolah tidak menyelesaikan masalah murid bermasalah,malah mendatangkan masalah yg lebih besar diluar. Guru dan ibubapa harus saling bekerjasama.Beri hak mereka sebagai seorang kanak-kanak seperti kehidupan sempurna, perlindungan, perkembangan dan penyertaan sebelum mereka menyalahkan kita apabila mereka dewasa kelak...

    Oleh: Guru_Lama.

    BalasPadam
  2. Betul apa yang dicakapkan oleh guru_lama. Saya sebagai seorang guru baru pun bersetuju dengan beliau. Kita sebagai guru tidak boleh hanya memikirkan hak kita serta kemudahan untuk kita sahaja. Kita perlu mencari apakah sebab pelajar bermasalah, dan dari situ kita boleh mencari penyelesaiannya. Sekarang di setiap sekolah mempunyai kaunselor yang boleh digunakan untuk memberi nasihat serta dorongan kepada murid yang bermasalah. Apapun, buang sekolah bukan penyelesaian yang wajar.

    Oleh: Guru_Baru

    BalasPadam