Rabu, 31 Julai 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam 1Malaysia.

Sempena hari raya yang bakal tiba, pihak sekolah mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua warga sekolah khasnya dan seluruh warga Malaysia amnnya yang beragama islam. Maaf Zahir & Batin.


Ditulis oleh : Guru Bestari

PERMOHONAN UNTUK MENGISI PERJAWATAN HAKIKI SEBAGAI SISC+ DAN SIPARTNERS+ SEPENUH MASA DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD)

Salam 1Malaysia

Makluman kepada semua guru Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah menengah dan rendah seluruh negara.
Permohonan untuk mengisi perjawatan hakiki sebagai SISC+ dan SIPartners+ sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Kepada mereka yang berminat sila isi borang permohonan dan  serahkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) tuan/puan. Untuk sebarang kemusykilan sila emelkan ke alamat dtpbpsh2013@gmail.com atau boleh hantarkan pertanyaan secara online. Klik Disini

Sekian Terima Kasih
Ditulis Oleh: Guru Bestari

PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

Salam 1 Malaysia

Makluman kepada semua guru-guru, Pengambilan Jurulatih Sukan Gred 29 Hingga 44 (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia telah dibuka. Guru-guru boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan klik disini

Terima Kasih

Ditulis oleh : Guru Bestari

APLIKASI PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) 2013



Salam 1Malaysia. 

Perhatian kepada guru SK Taman Sutera yang ingin memohon pertambahan Opysen boleh la memohon di :http://apps.moe.gov.my/abpg/pito/


Ditulis oleh : Guru Bestari


Isnin, 15 Julai 2013

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Salam 1Malaysia..

Pihak sekolah mengucapkan selamat menyambut ramadhan kepada semua guru, murid dan ibubapa yang beragama Islam.

Isnin, 20 Mei 2013

Sambutan Hari Guru 2013

Salam 1Malaysia


Berikut adalah merupakan sambutan hari guru 2013 yang telah dijalankan di sekolah ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat.











Khamis, 9 Mei 2013

Pertandingan mewarna dan melukis poster

Salam 1 Malaysia.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Panitia Matematik dan Panitia Sains SK Taman Sutera akan mengadakan pertandingan melukis dan mewarna poster  bersempena minggu matematik dan sains 2013 mengikut ketetapan berikut:
  1. Tempat : Dewan Terbuka SK Taman Sutera
  2. Masa : 10.00 - 12.00 tengah hari
  3. Penyertaan : Murid tahap 1 (Mewarna Poster), Murid Tahap 2 (Melukis Poster)
  4. Bayaran : RM 0.20/ setiap murid.
Peringatan: murid dikehendaki membawa peralatan mewarna sendiri beserta dengan alas.

Sekian, Terima Kasih.