Selasa, 23 April 2013

Perkampungan Ilmu Vol 1 SK Taman Sutera

Salam 1 Malaysia,

Pada 5 dan 6 April 2013 telah diadakan perkampungan ilmu bagi murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Objektif perkampungan ilmu adalah untuk menyemarakan lagi motivasi murid dan membakar semangat mereka untuk berjaya.









Ditulis Oleh : Guru Penyelaras Bestari


Ahad, 3 Mac 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Taman Sutera

Salam 1 Malaysia.

Pada 23 febuari 2013 (sabtu) talah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Taman Sutera. Majlis ini telah berlangsung dengan meriah dengan dibantu oleh warga sekolah dan ibubapa.







Khamis, 31 Januari 2013

Majlis Perpisahan Tuan Rafingah Bt. Tuan Soh

Salam 1Malaysia.

Pada 29 Januari 2013 yang lepas telah diadakan satu majlis bersempena meraikan perpisahan Guru Besar SK Taman Sutera (Hajah Tuan Rafingah bt Tuan Soh). Majlis ini telah diadakan di East Ledang, Nusajaya. Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran En. Borahan selaku guru besar baru serta para guru, staf dan juga ahli PIBG Sk Taman Sutera. Bagi pihak kami selaku warga Sk Taman Sutera mendoakan agar Puan Hajah Rafingah terus cemerlang di Sk Taman Sri Tebrau dan janganlah lupakan kami disini. Semoga ikatan ukhuwah yang telah dibina tidak terhenti disini. Selamat Maju Jaya!!




















Jumaat, 25 Januari 2013

Bantuan persekolahan RM100

Salam 1Malaysia

Pada 25 januari 2013 telah diadakan penyampaian wang bantuan persekolahan sebanyak RM100. Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar, YDP PIBG dan wakil dari Datuk Jazlan (Ahli Parlimen Pulai).





Rabu, 16 Januari 2013

Kursus Pemantapan Ukhuwah

Salam 1Malaysia

Pada 15.1.2013 telah diadakan kursus pemantapan ukhuwah di Sk Taman Sutera untuk guru-guru dan staf yang beragama islam. Kursus ini anjuran PPDJB. Semoga kursus ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan ukhuwah dikalangan staf SK Taman Sutera





Di tulis oleh:
Guru  Bestari
(Muhammad Safari Bin Abdullah)

Selasa, 15 Januari 2013

Sekitar Hari Pertama Persekolahan Sesi 2013

Salam 1Malaysia

Berikut merupakan  gambar hari pertama persekolah sesi 2013. Perhimpunan ringkas diadakan bagi membangkitkan semula mood murid untuk belajar pada hari pertama persekolahan. Semoga SK Taman Sutera terus cemerlang pada masa hadapan dan menjadi sekolah pilihan bagi masyarakat setempat.