Pada 3,4 & 5 April telah diadakan satu kem motivasi bagi murid tahun 6 dan pengawas sekolah SK Taman Sutera. Semoga kem ini dapat memberi seribu kenangan kepada semua pihak. Tahniah kepada semua guru SK Taman Sutera
Isnin, 14 April 2014
Selasa, 8 April 2014
Majlis Perpisahan Pn. Khaliza
Salam 1Malaysia
Hari ini 8.4.2014 merupakan hari terakhir Pn.Khaliza berada di sekolah ini. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi GPK HEM. Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.
Isnin, 7 April 2014
Pertandingan Kawad Kaki 2014 Peringkat Daerah JB
Salam 1Malaysia
Pada 6 dan 7 April 2014 telah diadakan pertandingan kawad kaki peringkat Daerah JB bagi murid-murid sekolah rendah. Pihak SKTS berbesar hati menjadi tuan rumah bagi 5 Tahun berturut-turut. Syabas kepada semua pemenang.
Selasa, 1 April 2014
Persaraan En. Teng Chai Heng
Salam 1Malaysia
Dengan berat hati pihak sekolah ingin mengumumkan bahawasanya 2 April 2014 (Rabu) adalah merupakan hari terakhir En. Teng berkhidmat dalam bidang pendidikan kerana beliau akan bersara wajib pada tarikh tersebut. Pihak sekolah merakamkan setinggi perhargaan atas jasa bakti hampir 11 tahun (2003-2014) berada di sekolah ini.
Ahad, 23 Mac 2014
Jamuan guru tahun 6 2013 anjuran keluarga YDP PIBG
Salam 1Malaysia
Pada 20.03.2014 hari khamis, telah diadakan jamuan makan bertempat di Hotel Mutiara JB sempena meraikan guru tahun 6 dan anak YDP yang telah mendapat keputusan 5 A dalam UPSR yang lepas. Sekalung tahniah dan penghargaan.
Khamis, 6 Februari 2014
PPPM 2013-2025
Salam 1Malaysia
Untuk makluman kepada semua guru dan murid serta penjaga. Negara kita Malaysia selangkah ke hadapan sekali lagi dalam bidang pendidikan peringkat sekolah dan juga universiti dengan wujudnya pelan strategik jangka panjang. Terdapat sebelas anjakan transformasi yang bukan sahaja dapat memacu sistem pendidikan ke arah bertaraf dunia malahan dapat meningkatkan potensi murid secara individu ke arah kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat penyelesaian terhadap pelbagai masalah.
Pada pandangan penulis secara peribadi, anjakan ke 11 ini antaranya penyediaan fasiliti yang mencukupi di kawasan luar bandar bagi menyamaratakan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar adalah amat bertepatan dengan dasar negara yang mana setiap daripada rakyat Malaysia harus mendapat pendidikan yang berkualiti sesuai dengan peredaran zaman. Hampir 80 % sekolah di Malaysia telah dilengkapi dengan kemudahan capaian internet dengan menggunakan teknologi bestarinet yang dibanggunkan oleh syarikat YES 4G. Dengan adanya capaian internet bukan sahaja memudahkan guru serta murid menggunakan kemudahan tersebut,malahan juga masyarakat setempat juga mendapat kemudahan sama.
Bersama-sama kita para pendidik SK Taman Sutera menggunakan setiap kemudahan yang di sediakan oleh kerajaan dengan berhemah. Ayuh tingkatkan lagi kemahiran dan sama-sama kita berganding bahu dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025!
Selasa, 1 Oktober 2013
Program Gerak Tari 1Malaysia
Salam 1Malaysia
Pada hari ini (1.10.2013, selasa) telah diadakan satu program Gerak Tari 1Malaysia peringkat Zon Skudai bagi murid-murid pra sekolah telah diadakan di SK Taman Sutera.
Ditulis Oleh : Guru Penyelaras Bestari
Pada hari ini (1.10.2013, selasa) telah diadakan satu program Gerak Tari 1Malaysia peringkat Zon Skudai bagi murid-murid pra sekolah telah diadakan di SK Taman Sutera.
Ditulis Oleh : Guru Penyelaras Bestari
Langgan:
Catatan (Atom)













