Berikut merupakan gambar hari pertama persekolah sesi 2013. Perhimpunan ringkas diadakan bagi membangkitkan semula mood murid untuk belajar pada hari pertama persekolahan. Semoga SK Taman Sutera terus cemerlang pada masa hadapan dan menjadi sekolah pilihan bagi masyarakat setempat.
Selasa, 15 Januari 2013
GURU BESAR BARU
Salam 1Malaysia
Untuk makluman semua, SK Taman Sutera telah mendapat seorang guru besar baru bagi menggantikan Guru Besar lama iaitu Pn. Tuan Rafingah Bt. Tuan Soh yang telah berpindah ke SK Taman Seri Tebrau. Guru Besar yang baru ialah En. Borahan Bin Kassim. Pihak sekolah mengucapkan selamat datang ke Guru Besar baru dan tidak lupa mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn Rafingah yang selama ini banyak membantu pihak sekolah dalam apa jua bidang. Terima Kasih CIKGU!!
| En. Borahan Bin Kassim |
Ahad, 30 Disember 2012
Selamat Kembali ke Sekolah
Pihak sekolah mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan guru Sk Taman Sutera bagi sesi persekolahan tahun 2013. Untuk makluman para ibu bapa dan murid, sesi persekolahan akan bermula pada 2 Januari 2013 (rabu). Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan murid pada hari tersebut. Sekian untuk makluman semua.
Ditulis Oleh:
G.P.ICT
(Muhammad Safari b. Abdullah)
Ahad, 23 September 2012
Video Korporat BOP SK Taman Sutera
Berikut adalah video korporat yang telah dihasilkan oleh Pn Nursyima Zamani dan AJK.
Khamis, 23 Ogos 2012
Sistem Aduan Online SKTS
Salam 1Malaysia,
Sesuai dengan kemajuan dan seiring pembangunan dunia tanpa sempadan yang memudahkan setiap urusan dilakukan dihujung jari, saya selaku guru penyelaras ICT , guru keselamatan dan juga setiausaha kehormat PIBG dengan kerjasama guru- guru yang lain telah membuat pusat aduan online secara ringkas bagi memudahkan setiap daripada pelanggan kami dan juga pihak yang ingin berurusan dengan kami yang ingin memberikan aduan, komen mahupun maklumbalas mengenai perkara yang melibatkan sekolah boleh berbuat demikian dengan hanya mengisi borang secara online. Sila pastikan pihak tuan/puan memberikan maklumat yang dikehendaki secara tepat bagi membolehkan pihak kami memberi maklumbalas. Sekian, terima kasih.
Untuk aduan sila klik di sini
Ditulis oleh: En. Muhammad Safari b. Abdullah
Khamis, 19 Julai 2012
Aeon Sponsorship Program
Salam 1Malaysia
Pada 19 Julai 2012, SK Taman Sutera telah menerima sumbangan bola sepak daripada Syarikat AEON bukit Indah. Terima kasih diucapkan.
Ditulis Oleh: Muhammad Safari B. Abdullah
Pertandingan Mud Ball
Salam 1Malaysia
Pada 19 Julai 2012 telah diadakan pertandingan Mud Ball anjuran Tanah Sutera Developer Sdn. bhd dengan kerjasama SK Taman Sutera. Program ini dimulakan dengan kempen kesedaran alam sekitar pada seawal 8.00 pagi, seterusnya pertandingan yang berlansung selama 40 minit diteruskan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Ditulis oleh: Muhammad Safari b. Abdullah
Selasa, 17 Julai 2012
Peperiksaan Percubaan UPSR 2012
Salam 1Malaysia.
Makluman kepada semua murid tahun 6 dan ibubapa. Peperiksaan percubaan UPSR tahun 2012 akan diadakan bermula pada 25 Julai 2012 hingga 27 Julai 2012. Sila pastikan kehadiran murid ke sekolah. Sekian, Terima Kasih.
Ditulis Oleh:
Guru Penyelaras Bestari
Makluman kepada semua murid tahun 6 dan ibubapa. Peperiksaan percubaan UPSR tahun 2012 akan diadakan bermula pada 25 Julai 2012 hingga 27 Julai 2012. Sila pastikan kehadiran murid ke sekolah. Sekian, Terima Kasih.
Ditulis Oleh:
Guru Penyelaras Bestari
Facebook Rasmi sekolah
Makluman kepada semua murid, guru dan ibubapa. Pihak sekolah telah menubuhkan facebook rasmi sekolah. Semua info dan maklumat tentang sekolah akan di muat turun di facebook berikut. Terima kasih
Senamrobik 1M1S
Pada 12 Julai 2012 yang lalu telah diadakan program senamrobik 1M1S bertempat di Dataran sekolah. Program ini telah disertai oleh semua murid dan guru SK Taman Sutera serta ibubapa.
Langgan:
Catatan (Atom)

















