Salam 1Malaysia
Pada hari ini (1.10.2013, selasa) telah diadakan satu program Gerak Tari 1Malaysia peringkat Zon Skudai bagi murid-murid pra sekolah telah diadakan di SK Taman Sutera.
Ditulis Oleh : Guru Penyelaras Bestari
Selasa, 1 Oktober 2013
Isnin, 30 September 2013
Sekitar Sukan Tahunan 2013
Salam 1 Malaysia
Sempena sukan tahunan SK Taman sutera 2013, pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru, murid serta ibubapa yang telah sama-sama memeriahkan acara sukan yang telah berlangsung. sekalong tahniah kepada pemenang, kepada yang tidak berjaya ingatlah sukan bukan semata-mata untuk mencari pemenang bahkan yang lebih penting daripada itu ialah semangat kesukanan, setiakawan dan perpaduan yang terjalin semasa sukan berlangsung.
Ditulis Oleh : Guru Penyelaras Bestari
Ahad, 8 September 2013
Selamat Berjaya Calon UPSR 2013
Salam 1Malaysia.
Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat menempuh UPSR yang bakal tiba pada 10 september 2013. Semoga semua murid mendapat keputusan cemerlang. Bagi ibubapa yang ingin merujuk jadual peperiksaan boleh la klik disini.
Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat menempuh UPSR yang bakal tiba pada 10 september 2013. Semoga semua murid mendapat keputusan cemerlang. Bagi ibubapa yang ingin merujuk jadual peperiksaan boleh la klik disini.
Selasa, 27 Ogos 2013
Jumaat, 23 Ogos 2013
Program Sarana Ibubapa & Sekolah
Salam 1Malaysia
Mohon tindakan ibubapa dan penjaga untuk memuat turun maklumat sarana ibubapa dan sekolah bagi tujuan pemahaman yang lebih jelas tentang inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibubapa dan komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa depan negara yang tercinta MALAYSIA. Sila klik link di bawah untuk mendapatkan bahan tersebut.
Sekian, terima kasih
Ditulis Oleh
Muhammad Safari bin Abdullah
(Penyelaras Bestari)
Program Sarana Ibu Bapa dan Sekolah
Salam 1 Malaysia
Sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan satu program dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang digerakkan untuk memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara - melahirkan individu yang holistik dapat dijayakan dengan efektif.
Program tersebut berusaha untuk mengeksploitasi sarana sedia ada bagi membimbing dan mendidik pelajar.
Sarana adalah segala sesuatu yang dijadikan alat atau cara untuk mencapai sesuatu. Sarana sekolah termasuk sistem pembelajaran, pentadbir, guru, dan semua kemudahan yang ada di sekolah.
Namun, kita masih kurang memberi perhatian terhadap sarana ibu bapa, masyarakat dan pihak swasta dalam pembelajaran dan pendidikan.
Pelajar menggunakan masa yang lebih banyak bersama-sama ibu bapa dan masyarakat.
Oleh sebab itu, ibu bapa dan masyarakat wajar memainkan peranan mereka untuk mendidik anak dengan lebih berkesan.
Ibu bapa bukan sahaja menyediakan kemudahan belajar di rumah dengan lebih selesa, malah wajar menyediakan emosi dan jiwa untuk belajar kepada anak-anak.
Ibu bapa wajar memberi kasih sayang melalui tutur kata bersemangat, tindakan, sentuhan serta bimbingan untuk membentuk disiplin belajar yang baik.
Sarana tersebut dapat melahirkan kesediaan anak-anak untuk menghadapi pembelajaran di sekolah.
Selain itu, ibu bapa juga boleh memberi sumbangan secara langsung terhadap pembelajaran anak- anak di sekolah.
Bagi tujuan tersebut, jawatankuasa khas dibentuk untuk mengumpul maklumat tentang sarana ibu bapa, dan perancangan serta pelaksanaan aktiviti untuk mencapai matlamat program ini.
Hampir setiap keluarga berlanggan surat khabar. Surat khabar merupakan sumber maklumat dalam masyarakat yang belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh sekolah dan ibu bapa untuk membantu pembelajaran anak-anak.
Hal ini demikian kerana kebanyakan berita dan rencana dalam surat khabar tidak selaras dengan tahap dan keperluan pembelajaran.
Surat khabar yang disediakan untuk bacaan umum memerlukan suntingan dan ubah suai untuk menjadi bahan pembelajaran.
Tugas ini memerlukan kepakaran dan dedikasi guru. Sesetengah surat akhbar, khususnya Utusan Malaysia telah menyediakan bahan khusus untuk pembelajaran pelajar seperti sisipan ADaP - UPSR, PMR dan SPM.
Bahan tersebut tidak dapat digunakan oleh pelajar tanpa sokongan guru dan ibu bapa. Hal ini kerana pihak sekolah mungkin tidak dapat menyediakan setiap pelajar dengan surat khabar berkenaan.
Bukan semua ibu bapa memiliki atau membelikan akhbar berkenaan untuk kegunaan anak-anak di rumah.
Sekiranya ibu bapa yang melanggan Utusan Malaysia mendermakan naskhah ADaP kepada sekolah, sudah tentu pihak sekolah dapat mengumpulkan bahan tersebut untuk kegunaan pelajar di dalam bilik darjah.
Tambahan pula, bukan semua ibu bapa yang melanggan akhbar tersebut mempunyai anak yang memerlukan bahan tersebut.
Oleh itu, aktiviti pengumpulan bahan tersebut akan dapat memanfaatkan sarana yang disediakan oleh akhbar untuk pelajar.
Sumber maklumat melalui papan kenyataan, poster dan sebagainya di sekolah dapat dilihat dan dibaca oleh pelajar setiap masa memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Guru dan pelajar mungkin tidak cukup masa untuk menggantikan bahan-bahan dengan lebih kerap. Ibu bapa dan masyarakat boleh mengambil inisiatif untuk mengemas kini maklumat secara lebih kerap.
Ibu bapa boleh membuat keratan akhbar tentang berita-berita yang sesuai untuk melengkapi papan kenyataan di bilik darjah atau sekolah.
Langkah ini jika dapat dilaksanakan akan menceriakan bilik darjah dan memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar.
Aktiviti tersebut yang melibatkan ibu bapa dan menggunakan surat khabar merupakan langkah untuk mengeksploitasi sarana sedia ada bagi kegunaan pelajar di sekolah.
Aktiviti ini adalah antara cadangan yang boleh dilakukan dalam program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. Ahli jawatankuasa yang dilantik boleh memikirkan aktiviti lain sebagai usaha untuk memupuk semangat belajar yang lebih kental kepada pelajar.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi melaksanakan transformasi pendidikan wajar dihayati oleh semua pihak.
Ibu bapa dan masyarakat wajar mengambil tanggungjawab bersama dengan pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Selasa, 20 Ogos 2013
Perkhemahan Tahunan Unit Badan Beruniform Sk Taman Sutera
Salam 1Malaysia
Berikut adalah merupakan gambar yang diambil sempena perkhemahan tahunan unit badan beruniform Sk Taman Sutera 2013.
Sekian, terima Kasih.
Berikut adalah merupakan gambar yang diambil sempena perkhemahan tahunan unit badan beruniform Sk Taman Sutera 2013.
Sekian, terima Kasih.
Ditulis Oleh
Muhammad safari bin Abdullah
(Penyelaras Bestari Sk Taman Sutera)
Majlis meraikan persaraan GPK Kurikulum Sk Taman Sutera
Salam 1Malaysia
Pada 1 Julai 2013 telah diadakan satu majlis perpisahan dengan Pn. Fuziah yang akan bersara wajib mulai 1 Julai 2013. Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran pegawai ppd, guru besar, dan kakitangan sekolah. Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara kepada Pn. Fuziah dan mengharapkan agar hubungan yang sedia terjalin akan terus erat sampai bila-bila.
Sekian, Terima Kasih.
Ditulis Oleh:
Muhammad Safari bin Abdullah
(Guru Bestari Sk Taman Sutera)
Khamis, 1 Ogos 2013
Rabu, 31 Julai 2013
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Salam 1Malaysia.
Sempena hari raya yang bakal tiba, pihak sekolah mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua warga sekolah khasnya dan seluruh warga Malaysia amnnya yang beragama islam. Maaf Zahir & Batin.
Ditulis oleh : Guru Bestari
PERMOHONAN UNTUK MENGISI PERJAWATAN HAKIKI SEBAGAI SISC+ DAN SIPARTNERS+ SEPENUH MASA DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD)
Salam 1Malaysia
Makluman kepada semua guru Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah menengah dan rendah seluruh negara.
Permohonan untuk mengisi perjawatan hakiki sebagai SISC+ dan SIPartners+ sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Kepada mereka yang berminat sila isi borang permohonan dan serahkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) tuan/puan. Untuk sebarang kemusykilan sila emelkan ke alamat dtpbpsh2013@gmail.com atau boleh hantarkan pertanyaan secara online. Klik Disini
Sekian Terima Kasih
Ditulis Oleh: Guru Bestari
PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
Salam 1 Malaysia
Makluman kepada semua guru-guru, Pengambilan Jurulatih Sukan Gred 29 Hingga 44 (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia telah dibuka. Guru-guru boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan klik disini
Terima Kasih
Ditulis oleh : Guru Bestari
Makluman kepada semua guru-guru, Pengambilan Jurulatih Sukan Gred 29 Hingga 44 (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia telah dibuka. Guru-guru boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan klik disini
Terima Kasih
Ditulis oleh : Guru Bestari
APLIKASI PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) 2013
Salam 1Malaysia.
Perhatian kepada guru SK Taman Sutera yang ingin memohon pertambahan Opysen boleh la memohon di :http://apps.moe.gov.my/abpg/pito/
Ditulis oleh : Guru Bestari
Isnin, 15 Julai 2013
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Salam 1Malaysia..
Pihak sekolah mengucapkan selamat menyambut ramadhan kepada semua guru, murid dan ibubapa yang beragama Islam.
Pihak sekolah mengucapkan selamat menyambut ramadhan kepada semua guru, murid dan ibubapa yang beragama Islam.
Isnin, 20 Mei 2013
Sambutan Hari Guru 2013
Salam 1Malaysia
Berikut adalah merupakan sambutan hari guru 2013 yang telah dijalankan di sekolah ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Langgan:
Catatan (Atom)