Jumaat, 29 Ogos 2014

Selamat Hari Merdeka ke 57

Sekolah mengucapkan selamat hari kebangsaan kali ke 57. Disini lahirnya cinta, tanah tumpah darah ku. Semoga kemerdekaan kali ini membawa seribu erti kepada kita semua. Salam kemerdekaan kepada semua guru, kakitangan, murid dan ibubapa.

Selasa, 26 Ogos 2014

Majlis Perasmian Minggu Matematik & Sains

Pada 26 Ogos 2014 majlis perasmian minggu matematik dan sains telah dijalankan. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat.















Selasa, 19 Ogos 2014

Mini karnival

Mini Karnival Matematik & Sains, SK Taman Sutera, (23 Ogos 2014, 7.30am - 10.30am)
Aktiviti yang diadakan
1.Pameran Bebas Denggi drpd Klinik Kesihatan
2. Giant Snake Ladder Games
3. Math & Science Explorace
4. Mewarna & Melukis Poster
5. Mencipta logo dan slogan
6. Mini Fun Fair
7. Perjumpaan ibubapa thn 6 dgn guru2 math & sains.(lepas makan)
8. Jualan Buku dr Smartworld Bookstore.

Ahad, 17 Ogos 2014

Minggu Matematik Dan Sains 2014

Makluman kepada semua ibubapa, murid dan guru-guru. Minggu Matematik dan Sains akan diadakan bermula 17 Ogos hingga 23 Ogos 2014. Mini karnival akan dilangsungkan pada 23 Ogos 2014. Dijemput semua bersama-sama memeriahkan minggu tersebut. Pelbagai acara menarik dilaksanakan sempena minggu Matematik dan Sains


Rabu, 13 Ogos 2014

Pertandingan Jahitan Rekabentuk & Teknologi Zon Skudai 2014

Pada 12 Ogos 2014, pihak sekolah telah menghantar 3 orang murid iaitu Nursyaqirah, Nurzafirah dan Fadliyana serta seorang guru pengiring iaitu Pn. Syahidah menyertai pertandingan tersebut. Untuk makluman semua, sekolah kita telah menjadi naib johan bagi pertandingan jahitan Zon Skudai. Tahniah kepada guru dan murid-murid. 










Selasa, 12 Ogos 2014

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2014

Pengetua dan Guru Besar Daerah Johor Bahru

(up: Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT)

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2013

Surat BTPN(JOH)8837/1/9(3) bertarikh 9 Julai 2014 bertajuk “PENARAFAN SSQS (SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS 2014 SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN MALAYSIA  (KPM) adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu, Instrumen SSQS 3.0 ini perlu diisi oleh Pentadbir Sekolah, sama ada Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Perpustakaan & Media atau Guru Penyelaras Sumber Sekolah, Guru dan murid Tahap 2 (Sekolah Rendah) dan murid Sekolah Menengah menggunakan pautan berikut :


Selasa, 5 Ogos 2014

Perhatian Kepada Semua Ibubapa

Salam 1Malaysia

Diminta kerjasama semua ibu bapa yang nama terdapat didalam senarai hendaklah mengaktifkan YES ID dengan kadar segera di sini.

Senarai nama ibubapa yang masih belum mengaktifkan ID boleh disemak dengan memuat turun file tersebut di sini.

Diharap semua ibubapa mengambil tindakan yang sewajarnya, sekian terima kasih.