Khamis, 6 Februari 2014

Video Perkenalan VLE FROG


PPPM 2013-2025

Salam 1Malaysia

Untuk makluman kepada semua guru dan murid serta penjaga. Negara kita Malaysia selangkah ke hadapan sekali lagi dalam bidang pendidikan peringkat sekolah dan juga universiti dengan wujudnya pelan strategik jangka panjang. Terdapat sebelas anjakan transformasi yang bukan sahaja dapat memacu sistem pendidikan ke arah bertaraf dunia malahan dapat meningkatkan potensi murid secara individu ke arah kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat penyelesaian terhadap pelbagai masalah. 

Pada pandangan penulis secara peribadi, anjakan ke 11 ini antaranya penyediaan fasiliti yang mencukupi di kawasan luar bandar bagi menyamaratakan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar adalah amat bertepatan dengan dasar negara yang mana setiap daripada rakyat Malaysia harus mendapat pendidikan yang berkualiti sesuai dengan peredaran zaman. Hampir 80 % sekolah di Malaysia telah dilengkapi dengan kemudahan capaian internet dengan menggunakan teknologi bestarinet yang dibanggunkan oleh syarikat YES 4G. Dengan adanya capaian internet bukan sahaja memudahkan guru serta murid menggunakan kemudahan tersebut,malahan juga masyarakat setempat juga mendapat kemudahan sama.

Bersama-sama kita para pendidik SK Taman Sutera menggunakan setiap kemudahan yang di sediakan oleh kerajaan dengan berhemah. Ayuh tingkatkan lagi kemahiran dan sama-sama kita berganding bahu dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025!