Khamis, 31 Januari 2013

Majlis Perpisahan Tuan Rafingah Bt. Tuan Soh

Salam 1Malaysia.

Pada 29 Januari 2013 yang lepas telah diadakan satu majlis bersempena meraikan perpisahan Guru Besar SK Taman Sutera (Hajah Tuan Rafingah bt Tuan Soh). Majlis ini telah diadakan di East Ledang, Nusajaya. Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran En. Borahan selaku guru besar baru serta para guru, staf dan juga ahli PIBG Sk Taman Sutera. Bagi pihak kami selaku warga Sk Taman Sutera mendoakan agar Puan Hajah Rafingah terus cemerlang di Sk Taman Sri Tebrau dan janganlah lupakan kami disini. Semoga ikatan ukhuwah yang telah dibina tidak terhenti disini. Selamat Maju Jaya!!




















Jumaat, 25 Januari 2013

Bantuan persekolahan RM100

Salam 1Malaysia

Pada 25 januari 2013 telah diadakan penyampaian wang bantuan persekolahan sebanyak RM100. Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar, YDP PIBG dan wakil dari Datuk Jazlan (Ahli Parlimen Pulai).





Rabu, 16 Januari 2013

Kursus Pemantapan Ukhuwah

Salam 1Malaysia

Pada 15.1.2013 telah diadakan kursus pemantapan ukhuwah di Sk Taman Sutera untuk guru-guru dan staf yang beragama islam. Kursus ini anjuran PPDJB. Semoga kursus ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan ukhuwah dikalangan staf SK Taman Sutera





Di tulis oleh:
Guru  Bestari
(Muhammad Safari Bin Abdullah)

Selasa, 15 Januari 2013

Sekitar Hari Pertama Persekolahan Sesi 2013

Salam 1Malaysia

Berikut merupakan  gambar hari pertama persekolah sesi 2013. Perhimpunan ringkas diadakan bagi membangkitkan semula mood murid untuk belajar pada hari pertama persekolahan. Semoga SK Taman Sutera terus cemerlang pada masa hadapan dan menjadi sekolah pilihan bagi masyarakat setempat. 








GURU BESAR BARU

Salam 1Malaysia

Untuk makluman semua, SK Taman Sutera telah mendapat seorang guru besar baru bagi menggantikan Guru Besar lama iaitu Pn. Tuan Rafingah Bt. Tuan Soh yang telah berpindah ke SK Taman Seri Tebrau. Guru Besar yang baru ialah En. Borahan Bin Kassim. Pihak sekolah mengucapkan selamat datang ke Guru Besar baru dan tidak lupa mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn Rafingah yang selama ini banyak membantu pihak sekolah dalam apa jua bidang. Terima Kasih CIKGU!!

En. Borahan Bin Kassim