Selasa, 3 Januari 2012

Selamat kembali ke sekolah!!

Hari ini hari pertama persekolahan.
Sepertimana hari-hari pertama persekolahan, ada seribu satu macam gelagat anak-anak menghadapi alam baru persekolahan khususnya murid-murid tahun 1 tahun ini.
Bagi yang biasa dengan suasana di SKTS, mungkin tidak menjadi masalah. Berjumpa semula dengan rakan-rakan lama semasa di Pra sekolah dulu.
Bagi yang pertama kali menjejak kaki di sini faham-faham sahaja gelagat mereka :-)
Walaubagaimanapun, warga sekolah mengalu-alukan kedatangan anda ke sekolah ini.
Bagi murid-murid yang berada di tahun 2 hingga ke tahun 6, ini masanya anda bermula dengan semangat yang baru, selepas berehat beberapa minggu, pergi bercuti bersama keluarga, sekarang sesi persekolahan baru untuk anda. Tingkatkan usaha anda kali ini agar kejayaan diperolehi dengan cemerlang. Lebih cemerlang dari yang lalu.
Bagi guru-guru pula, ada guru yang bertukar masuk dan bertukar keluar dari sekolah ini. Selamat datang dan selamat maju jaya bertugas bersama dengan semangat yang baru, pasukan yang baru.
Selamat kembali ke alam persekolahan 2011!