Ahad, 16 Ogos 2009

Pertandingan Melukis Poster dan Mewarna Peringkat Zon Skudai

Pada 12 Ogos 2009 telah berlangsung satu pertandingan melukis poster dan mewarna peringkat Zon Skudai. Sk Sg Danga telah menjadi tuan rumah merangkap sebagai penganjur . Pertandingan ini bertemakan 1Malaysia dan bulan kemerdekaan. Seramai empat orang murid daripada Sk Taman Sutera telah menyertai pertandingan tersebut. Murid-murid tersebut adalah Nur Idris, Izmir, Amirul Asyraf dan Nur Diana. Sk Taman Sutera telah menunjukkan persembahan terbaik dengan memenangi tempat kedua dalam pertandingan melukis poster bagi murid tahap dua. Tahniah kepada Nur Idris.
















Rabu, 5 Ogos 2009

Sekitar Lawatan Ilmiah Ke Melaka


Gambar 1: Guru-guru bersantai selepas penat seharian berjalan-jalan..hehehe


Gambar 2: Murid-murid bergambar di Muzium Lebah. Minumlah madu hehe



Gambar 3: Sesi Kuiz oleh kakak taman rama-rama

Gambar 4: Berposing sakan Cik syakinah nie....

Gambar 5: Murid memakai topeng untuk keselamatan

Gambar 6: Murid berjalan menuju ke destinasi impian hehe

Pada 1 Ogos 2009 (sabtu), SKTS telah mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Melaka. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat cinta dan bangga terhadap negara kita Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyuburkan semangat perpaduan dan 1Malaysia di kalangan murid-murid serta guru yang terlibat.


Ahad, 2 Ogos 2009

E-Mail Sk Taman Sutera


Untuk makluman semua terutamanya pihak ibubapa. Sk Taman Sutera menggunakan email sksutera@gmail.com .Sila gunakan alamat email ini dalam setiap urusan dengan pihak sekolah. Harap Maklum.

Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah 2


Ujian PKSR 2 akan diadakan pada 4 Ogos - 6 Ogos 2009. Untuk sebarang makluman mengenai ujian ini, sila hubungi S/U peperiksaan iaitu Cik Zuraini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Ibubapa telah dimaklumkan mengenai tarikh serta jadual pelaksanaan ujian ini melalui edaran surat yang telah dibuat sebelum ini. Harap maklum.

Kejohanan Bowling Kelab Guru JB


Pada 25 Julai 2009, Sk Taman Sutera telah menyertai satu kejohanan bowling yang telah diadakan di Pelangi Leisure Mall. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh kelab sukan PPD JB. Seramai lebih 56 buah pasukan yang mewakili sekolah menengah dan sekolah rendah di daerah JB telah menyertai kejohanan ini. Persaingan diantara pasukan yang bertanding adalah sangat sengit dan mendebarkan. Sk Taman Sutera telah menunjukkan kehebatannya dengan mendapat ke-9 daripada 56 buah pasukan yang bertanding. Tahniah dan syabas kepada Pasukan SK Taman Sutera yang di wakili oleh:

  • En. Chai Teng Heng
  • En. Dazreen Othman
  • En. Safari Abdullah
  • Cik Norsyakinah Abdullah.